Sunday, October 9, 2011

Permainkan Perasaan

Aku kawan ngan semua orang. Aku takde niat nk permainkan perasaan orag atau menarik perhatian org terutamanya kaum bukan sejenis. Bukan aku nak rapat dengan mereka sebab nak ambil kesempatan untuk kesenangan aku.

Tapi kadang fikir cam salah aku jugak. Kenapa aku macam bagi harapan je kat mereka. Aku balas mesej, chat. Aku tak pernah cakap tak. Jadi mereka fikir aku ni semakin rapat ngan mereka. Bagi individu aku ni je la yang rapat ngan diorang. Pastu lelame rase syok dekat aku. Sedangkan aku rapat jugak ngan orang lain. Adakah aku sedang mempermainkan perasaan mereka?

Aku ni memang da janji kat diri aku buat masa ni aku taknak someone special. Aku taknak terikat dengan sesiapa sebab aku tak dapat nk bagi komitmen. Aku nak hidup aku ni bukan hanya untuk seseorang. Sampai aku terlalu leka dan lupa orang sekeliling aku.

Sebab tu aku kawan jer ngan semua orang. Walaupun aku sedar yang aku ni mudah je rapat ngan kaum adam. Tapi aku takde pon kua berkepit2 ngan setiap dari mereka. Semuanya just sekadar dalam fon atau chat.
Ok, aku rasa aku patut ubah sikap aku. Aku takkan layan lagi kaum adam walaupun dalam chat atau mesej. Cukup sampai disini. Aku takkan dituduh mempermainkan perasaan orang. Cukup la ex aku jer fikir aku ni seorang perempuan yang teruk!

Friday, September 30, 2011

Bila terkenang.............

Bukan aku nak ingat
bukan aku nak kenang
tapi kadang2 teringat
apa boleh buat
aku tak mengharap kat dia
bila dia menjauh dari hidup aku
aku redha
tapi bila dia hadir kembali
untuk apa?
melukai aku lagi?
Entahlah
Aku taknak kisah lama berulang
biarlah.. biarlah...
aku relakan dia pergi
aku takkan letakkan apa2 harapan lagi
walaupun tersudut di lubuk hati
sisa cinta yang ditinggalkan
biarlah ianya sekadar
kenangan masa lalu
antara dia dan aku

Wednesday, August 10, 2011

Mencintai tak semestinya memiliki...

Bila kita menyukai seseorang belum tentu seseorang itu akan menyukai kita...
Bila seseorang menyukai kita belum tentu kita akan menyukainya...
Bila kita saling sayang menyayangi, belum tentu kita saling mengetahui...
Bila kita tahu yang kita saling menyayangi belum tentu kita akan bahagia
Bila kita bahagia mungkin bukan untuk selamanya...

Menyukai tak semestinya mencintai
Mencintai tak semestinya memiliki
Memiliki tak semesti untuk selamanya

Monday, May 9, 2011

Egokah aku?

Aku tak ingat dia la?
Siapa dia?
Kalau tak ingat kenapa sebut pasal dia?
Errr....
Betul ke tak ingat?
Kau suka dia lagi ke?
Errr....
Kenapa diam?
Mana ada diam.
Aku tak suka dia la.
Dia mana suka aku.
Sayang apatah lagi.
Sebab tu dia tinggal aku.
Kau tak jawab soalan.
Aku tanya kau suka dia lagi ke?
Ohh.. Erm...
Diam tandanya betul.
Entahlah.. Suka dekat orang yang tak suka dekat kita
Bukan ke sia2 je...
Kau ego taknak akui perasaan kau.
Erm.. Mungkin juga.
Sebab aku taknak nampak macam orang yang terdesak.
Berharap sangat dia akan kembali.
Mungkin dia akan kembali.
Berangan sajalah. Agaknya dah ada yang lain.
Ada kau tanya dia?
Err.. tak.. Takkan aku nak tanya.
Lagipun buat apa aku tanya.
Kau kan suka dia lagi.
So kalau suka? Apa maknanya?
Yang berlalu tetap berlalu.
Tapi yang akan datang ada kau tahu?
Memang aku tak tahu.
Mengapa tidak kau cuba tanya?
Erm...nantilah tiba masanya.
Bila masanya?
Entahlah.. Aku taknak mulakan sekali lagi.
Kau memang ego...
Ahhhhhh....

Saturday, April 30, 2011

Kisah itu~~

Kisah itu
masih lagi
menghantui malam-malamku
masih membayangi hidupku

Kisah itu
aku tidak mahu
kenangkan lagi
pergilah kau
dari kotak fikiranku

Kisah itu
penuh dosa dan noda
aku rayu
pergilah dari hidupku
aku mahu hidup baru
Oh Tuhan ampuni aku

Thursday, April 28, 2011

Jangan Pernah Berubah

♪♫ Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah ♪♫
-ST 12-

Sebenarnya perubahan ni satu yang bagus ke tak?

Berubah pendirian?
Berubah tingkah laku?
Berubah hati?
Berubah gaya?
Berubah wajah?

Berubah pendirian kalau kepada yang adalah suatu yang bagus dan perlu digalakkan. Tapi kalau ubah pendirian yang asalnya baik jadi teruk tu mmg tak patut la. Elok2 jaga batas bila kapel perangai cam haram.

Berubah tingkah laku ni pon lebih kurang la. Kalau mula2 stail cakap kasar, nyumpah2 orang pastu jadi sopan santung berbudi bahasa tu bagus la. Jangan jadi sebaliknya pulak.

Berubah hati ni parah gak kan. Kalau yang berpacaran la kan, ko ade bf/gf tetibe ko senang2 jer berubah hati kat orang yang lebih kacak. Mudahnya beli cinta korang ngan paras rupa. Fake la sume tuh. Muke kacak /cun x menjaminkan ape2 pon...

Berubah gaya? Konon nak makin stylo la? Fashionista? Kalo pakai baju ikut kat tv tuh, ikut artis ker memang hancur la. Rosak akhlak korang. Yang pakai + legging la, Baju sendat seluar ketat, warna2 pelangi, meriah. Nak berubah gaya boleh asalkan aurat terjaga.

Ubah wajah? jangan wat plastic surgery sudah kang nanti jadi macam nih.

AAaaAaaa....! Ngeri beb

AaAaAAAaaaaa.......! Lagi ngeri!!


Jangan tenung lelame. Nanti akan menghantui hidup anda......

Moral of da story:-
Berubahlah kepada yang lebih baik bukan kepada yang lebih buruk ^^,

Monday, April 25, 2011

Saya suka tengok....


Saya suka tengok jari awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak.... Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang giler forever

Saya suka tengok body awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Nya dari saya...


Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya... Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu apa pun... Berdosanye saya....


Kesimpulannya saya memang sayang dia... Nak jumpa dia giler forever... Yang forever punye forever... Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama... Bahagia selamanya... Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...


P/S - Andai anda seorang wanita muslimah, mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu. Then kalau anda seorang muslim, apa kata tanamkan dalam hati camtu. Cinta itu anugerah Allah. Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye. Semoga saya pun ambik iktibar jugak. Moga kita terhindar dari segala macam "zina"...

**peringatan untuk diri sendiri terutama & semua sahabat..insya'Allah....

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” 
(Al-Isra’: 32).


Wassalam...

reference: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=204534579569163&set=a.201567173199237.45027.201444939878127&type=1&ref=nf

Friday, April 22, 2011

Seksanya Lelaki Melihat Buah Dada Wanita

Cuba bayangkan....

Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang kononnya tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu. Maksudnya sama je la tak tutup aurat.

Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.

Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?

Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.

Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya. Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak.

You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.

Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.

Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan

**edited

Reference:  https://www.facebook.com/#!/notes/ainul-basirah/seksanya-lelaki-melihat-buah-dada-wanita/114515811961670

p/s: Pakai tudung tak semestinya tutup aurat okeh?!

Tuesday, April 12, 2011

Aku memang degil...

mood: degil

Assalamualaikum...

Aku ni degil.. Jangan susah2 nasihat kat aku. Hahaha... Macam cakap ngan pokok jer. At least pokok pun hidup ley dengar kita cakap. Heee... Betul ke aku degil tak boleh terima nasihat?

Aku bukan taknak dengar nasihat la. Cuma kadang sebab apa yang aku wat cam takde kena mengena ngan apa yang aku buat. So aku akan cakap ' Aku tau la ape yang aku buat'. Cam aku lupe lak pendirian aku samapi nak kena ingatkan banyak kali. Zaman jahiliyah aku da berlalu. Takkan aku ni just cakap pandai tapi tak ikut apa aku buat.

Don't worry.. Aku akan pegang kata2 aku. Kalau rasa penat nak pesan kat aku, tapi aku macam tak kesah, simpan dulu nasihat tuh. Mung akan berguna pada masa yang sesuai.

Saturday, April 9, 2011

So c0nfusing...

mood: tired

Skarang ni aku pelik sangat. Kenapa orang yang tak penah tegur or rapat sebelum nih tiba2 skang ni baru cari? Is it bcoz of kepakaran yang aku ada? Sebab aku rasa kalau aku takde kepakaran tentang benda yang lecturer suruh buat ni, I don't think they will meet me. So persoalannya sekarang, adakah ini sesuatu yang baik atau tidak?

Aku terfikir kalau lepas2 ni kan ade ke diorang akan cari aku lagi? Ajak makan sekali ker just macam mimpi. Diorang cari aku just sebab nak siapkan kerja yang diorang kena buat. Camtu ker? Habis madu sepah dibuang..? Camtu ke?

Aku takde mengharapkan balasan apa2. Aku cuma harapkan masa aku, tenaga aku yang telah aku korbankan dihargai. Bukan setakat bila da settle semua, aku just nothing bagi semua. Da la aku memang loner. I'm just not a loner when people look for me but then I'll be forgotten. Pastu aku akan rasa aku ni just dipergunakan dan hanya membazir masa n tenaga aku.

Terima kasih Tuhan sebab memberi kelebihan ini kepadaku. Jika bukan kerana Allah, aku takkan sampai ke tahap ini. Aku harap ilmu yang aku sampaikan akan dapat diterima sebaiknya. Moga semua ini ada hikmahnya buatku...

Tuesday, April 5, 2011

Am I a loner..?

Mood: undefined

Hmm.. Aku sebenarnya diperlukan or tak dalam dunia nih? Sebab kadang bila aku dalam orang ramai, bila aku tengok sekeliling, semua dengan kawan2 masing2 ada orang di samping mereka. Tapi aku...? Aku sorang2 jer.. Dalam majlis grand2 pon camtu jugak. Hmm...

Aku tak taw ape maknanya kau dengan orang2 disekeliling aku ni... Aku rasa cam aku tak dihargai. Adakah semua ni sebab aku punya perangai yang tak suka bergaul? Aku akui aku bukanlah seorang yang peramah. Aku tak reti macam mana nak mulakan bicara, macam mana nak mulakan senyuman. Aku rasa janggal.

One thing yang aku tak puas hati kalau orang yang menjadi ketua or yang belagak ketua hanya tahu bagi arahan but tak penah nak paham orang bawahan. Taw la aku ni kuli jer. But doesn't mean bley layan cam sampah jer. Bagi arahan tapi tak consider perasaan kuli ni. Contohnya bagi keja last minit tapi nak siap esok lusa gak. Agak2 la. Tengok la level keje yang ko kasik tuh. Kalo benda leceh nak siap2 cepat ko ingat yang kuli takde kerja laen ker nak buat. Tambah lak student. Huh..

Kembali cite pasal loner tadi. Actually aku kekadang rasa sangat tersisih. Aku ada or takde cam xde efek pon. Ataupu aku rasa aku hanya diperlukan jika kepakaran aku diperlukan. Tapi kalau masa bergembira ke, waktu lapang ke, aku tak diperlukan langsung. Adakah aku perlu rasa kecewa?

Aku bukan la nak menyalahkan takdir atau apa. Tapi aku taknak terus2 rasa camni. Aku taknak jadi hipokrit. Dalam hati meraung nak giler, depan orang belagak cool. Aku seksa jiwa aku. Aku tak taw sape yang boleh dipercayai dalam idup aku. Aku takut orang yang aku percayai rupa2nya talam 2 muka. Depan aku dialah perndengar setia.. Blakang aku kutuk aku. Tikam2 blakang aku. I hate dat!

Adakah memang kita tak boleh percaya sesiapapun dalam hidup kita? Adakah bagus jadi loner ni? Keep everything in my own self? Tak ke boleh jadi gile nanti sebab pendam perasaan sorang2? Ntahlah... Buat masa ni aku memang takde sesape nak dijadikan teman. I just wonder how long I can stand with dis..........

Sunday, April 3, 2011

Tiada lagi cerita

Assalamualaikum..

Mulai hari ini aku nak ubah cara penulisan aku dalam blog ni. Aku da remove post2 bernombor sebelum ni. Sampai 14 kalau tak silap. Aku tak pasti samada ada or tak orang yang baca itu semua. Tapi andaikata kalau ada la, personally can ask me. Boleh la tinggalkan komen bersama emel.

Cukup sampai sini. GTG!

http://www.emocutez.com

Tuesday, March 22, 2011

Thinking of You

Assalamualaikum..

So long I'm not writing here.

Thinking of you.

Who are you?

Just someone from my past.

I wonder if that someone also thinking of me or not...

Till that someone 'visit' in my dreams.

Is this what people call MISS?

Hmmm...

I just wonder...

If it is true that someone also think of me,

What does it mean?

I hope I feel nothing about this.

I hope that someone is OK...


Monday, March 7, 2011

Is Allah satisfied?



Maher Zain - Awaken

We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh
I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and Costa Del Sol
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you
Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh
I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves


Why most of us are so selfish? We didn't care needy people. We just want to satisfied ourselves but we didn't care whether Allah satisfied or not. Don't just know to blame others for doing wrong. Look at yourselves first. Nobody perfect...

Saturday, February 12, 2011

Say NO to Valentine's Day!




Nor come nigh to adultery: for it is a shameful (deed) and an evil, opening the road (to other evils).
(Al-Isra': 32)


WHY NOT CELEBRATE?

Someone may ask: Why do we Muslims not celebrate this festival?

This question may be answered in several ways:

1. In Islam, the festivals are clearly defined and well established The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) referred to the fact that every nation has its own festivals when he said: "Every nation has its own Eid and this is our Eid.
(al-Bukhaari , 952, Muslim, 1892)."

2. Celebrating Valentine's Day means resembling or imitating the pagan Romans, then the Christian People of the Book in their imitation of the Romans .The Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: "Whoever imitates a people is one of them."
(narrated by Ahmad, 2/50; Abu Dawood, 4021)

3. The purpose of Valentine's Day in these times is to spread love between all people, believers and disbelievers alike. Undoubtedly it is haraam to love the kaafirs. Allaah says (interpretation of the meaning): "You (O Muhammad) will not find any people who believe in Allaah and the Last Day, making friendship with those who oppose Allah and His Messenger (Muhammad), even though they were their fathers or their sons or their brothers or their kindred (people)."
[al-Mujaadilah 58:22]

4. The love referred to in this festival ever since the Christians revived it is romantic love outside the framework of marriage. The result of that is the spread of zinaa (fornication and adultery) and immorality.

Sunday, January 30, 2011

Hi..Meet again..

What is love? 

L=Loyalty 
O=Obsession 
V=Vulnerability
E=Excitement

or
L= Lie 
O= Obsess 
V=Vicious 
E= Extreme 

or

L=Life of sorrow
O=Ocean of tears
V=Valleys as deep
E=End of life

or

L=Loyalty
O=Obedience
V=Value
E=Emotion

or

L=Language of heart
O=Origin of beauty
V=Very interesting
E=Eye connection

http://www.emocutez.comWhich one will you choose? I choose......
Erm..Well.. you answer first...

Sunday, January 16, 2011

Love is SIN

Assalamualaikum..

Aku kat sini bukan nak berceramah. Lagipun aku bukanla ustazah ataupun penceramah. Aku cuma nak cakap taip dari sudut pandangan aku jer. Stop2.. aku bukan nak kasik intro panjang2 ok..

Korang skang katne? Kalau korang kat kolej  dan masih belajar, korang tengok sekeliling kalau berjalan. Conferm korang nampak ada jer pasangan2 yang berjalan berdua-duaan. OK.. no prob.. Eh..eh.. Pegang2 tangan pulak. Mesranya mereka. Saling pandang2 pastu... aik.. main cubit2 pulak. Diorang belum kawen kan? Korang kenal kan diorang tu.

colek dari google


Kalau korang orang Islam kan, mesti korang tahu apakah hukum bersentuhan lelaki dan wanita.

Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. – (An-Auur : 30-31).


Sabda Rasulullah saw, ”Sungguh, seandainya ditusukkan jarum besi di kepala salah seorang di antara kalian adalah lebih baik baginya daripada bersentuhan dengan wanita yang tidak halal baginya” (H.R Ath-Thobrani dan al-Baihaqi dari Ma’qil ibn Yasar)

See.. takde dalil yang membenarkan kapel bersentuh-sentuhan pun. Selagi korang tak kawen dan tak halal baginya, jangan la korang wat teori sendiri yang tak salah bersentuhan kalau diorang pakwe/makwe korang. Jap..jap.. Bagi yang gadis2 diluar sana, korang tak kesah ker kalau pakwe korang sentuh2 korang? Yela kan, diorang tu belum tentu pon jadi laki korang, free2 da dapat pegang macam2. Yang kalau da terbabas tu lagi la... Haih.. 

Jangan la korang nyesal kemudian cam aku nih.Weh2.. jangan pikir bukan2.. Aku takde la sampai terberanak anak haram. Please la kawan2ku. Lelaki yang suka ambil kesempatan ni bukanla lelaki yang baik. Kalau lelaki tu baik, dia akan bawak korang ke jalan yang benar, bukan merosakkan korang. Mula2 pegang tangan, pastu peluk2, pastu cium2... pastu?? Huh.. Kalo duet takpe gak sikit2 lama2 jadi bukit. Ni kalo sikit2 lama2 badan merana. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Banyak jer nasihat orang dulu2 tapi orang skang ni degil tak reti bahasa. Cam aku jugak.

Aku sedar skang . Cinta tu lagi banyak membawa kepada dosa dan mudarat. Kalau tak, bitaw la brape peratus jer yang betul2 boleh menjaga hubungan antara kekasih? Yang langsung tak bersentuh? yang boleh kawal perasaan dari mengharapkan bende bukan2 walaupun tak buat. Dan berapa ramai lak yang sanggup bunuh diri sebab cinta ataupun buang anak kerana terlanjur cinta?? 

Jawan ni suma da jelas depan mata. Cuma terpulang kepada kita untuk terima atau tidak. Jangan pula membutakan mata, hati dan jiwa kerana cinta kerana Allah mungkin akan membutakan mata kita daripada melihat syurga. 


purple violet: reminding myself....

Who is the cutest?

Hi there..

Sometimes you will be wondering whether you are cute or not. When you say so, then you friends will say, "Dream on!" 


Whatever it is, you should be proud because you have high confidence to say it even others say 'NO'.
Wanna test whether you are really cute or not? Let check this out..


Did you understand this? Just write 'who is the cutest' then click on
Then you will get the answer.


Good luck! http://www.emocutez.com

Monday, January 3, 2011

LOVE.. LOVE.. LOVE..

LOVE

is

u n e x p l a i n a b l e

u n b e l i e v a b l e

u n p r e d i c t a b l e

u n e x p e c t a b l e

and

u n f o r g e t t a b l e



 

Unspoken Thing Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal