Saturday, April 30, 2011

Kisah itu~~

Kisah itu
masih lagi
menghantui malam-malamku
masih membayangi hidupku

Kisah itu
aku tidak mahu
kenangkan lagi
pergilah kau
dari kotak fikiranku

Kisah itu
penuh dosa dan noda
aku rayu
pergilah dari hidupku
aku mahu hidup baru
Oh Tuhan ampuni aku

Thursday, April 28, 2011

Jangan Pernah Berubah

♪♫ Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah ♪♫
-ST 12-

Sebenarnya perubahan ni satu yang bagus ke tak?

Berubah pendirian?
Berubah tingkah laku?
Berubah hati?
Berubah gaya?
Berubah wajah?

Berubah pendirian kalau kepada yang adalah suatu yang bagus dan perlu digalakkan. Tapi kalau ubah pendirian yang asalnya baik jadi teruk tu mmg tak patut la. Elok2 jaga batas bila kapel perangai cam haram.

Berubah tingkah laku ni pon lebih kurang la. Kalau mula2 stail cakap kasar, nyumpah2 orang pastu jadi sopan santung berbudi bahasa tu bagus la. Jangan jadi sebaliknya pulak.

Berubah hati ni parah gak kan. Kalau yang berpacaran la kan, ko ade bf/gf tetibe ko senang2 jer berubah hati kat orang yang lebih kacak. Mudahnya beli cinta korang ngan paras rupa. Fake la sume tuh. Muke kacak /cun x menjaminkan ape2 pon...

Berubah gaya? Konon nak makin stylo la? Fashionista? Kalo pakai baju ikut kat tv tuh, ikut artis ker memang hancur la. Rosak akhlak korang. Yang pakai + legging la, Baju sendat seluar ketat, warna2 pelangi, meriah. Nak berubah gaya boleh asalkan aurat terjaga.

Ubah wajah? jangan wat plastic surgery sudah kang nanti jadi macam nih.

AAaaAaaa....! Ngeri beb

AaAaAAAaaaaa.......! Lagi ngeri!!


Jangan tenung lelame. Nanti akan menghantui hidup anda......

Moral of da story:-
Berubahlah kepada yang lebih baik bukan kepada yang lebih buruk ^^,

Monday, April 25, 2011

Saya suka tengok....


Saya suka tengok jari awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak.... Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang giler forever

Saya suka tengok body awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Nya dari saya...


Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya... Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu apa pun... Berdosanye saya....


Kesimpulannya saya memang sayang dia... Nak jumpa dia giler forever... Yang forever punye forever... Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama... Bahagia selamanya... Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...


P/S - Andai anda seorang wanita muslimah, mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu. Then kalau anda seorang muslim, apa kata tanamkan dalam hati camtu. Cinta itu anugerah Allah. Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye. Semoga saya pun ambik iktibar jugak. Moga kita terhindar dari segala macam "zina"...

**peringatan untuk diri sendiri terutama & semua sahabat..insya'Allah....

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” 
(Al-Isra’: 32).


Wassalam...

reference: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=204534579569163&set=a.201567173199237.45027.201444939878127&type=1&ref=nf

Friday, April 22, 2011

Seksanya Lelaki Melihat Buah Dada Wanita

Cuba bayangkan....

Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang kononnya tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu. Maksudnya sama je la tak tutup aurat.

Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.

Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?

Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.

Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya. Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak.

You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.

Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.

Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan

**edited

Reference:  https://www.facebook.com/#!/notes/ainul-basirah/seksanya-lelaki-melihat-buah-dada-wanita/114515811961670

p/s: Pakai tudung tak semestinya tutup aurat okeh?!

Tuesday, April 12, 2011

Aku memang degil...

mood: degil

Assalamualaikum...

Aku ni degil.. Jangan susah2 nasihat kat aku. Hahaha... Macam cakap ngan pokok jer. At least pokok pun hidup ley dengar kita cakap. Heee... Betul ke aku degil tak boleh terima nasihat?

Aku bukan taknak dengar nasihat la. Cuma kadang sebab apa yang aku wat cam takde kena mengena ngan apa yang aku buat. So aku akan cakap ' Aku tau la ape yang aku buat'. Cam aku lupe lak pendirian aku samapi nak kena ingatkan banyak kali. Zaman jahiliyah aku da berlalu. Takkan aku ni just cakap pandai tapi tak ikut apa aku buat.

Don't worry.. Aku akan pegang kata2 aku. Kalau rasa penat nak pesan kat aku, tapi aku macam tak kesah, simpan dulu nasihat tuh. Mung akan berguna pada masa yang sesuai.

Saturday, April 9, 2011

So c0nfusing...

mood: tired

Skarang ni aku pelik sangat. Kenapa orang yang tak penah tegur or rapat sebelum nih tiba2 skang ni baru cari? Is it bcoz of kepakaran yang aku ada? Sebab aku rasa kalau aku takde kepakaran tentang benda yang lecturer suruh buat ni, I don't think they will meet me. So persoalannya sekarang, adakah ini sesuatu yang baik atau tidak?

Aku terfikir kalau lepas2 ni kan ade ke diorang akan cari aku lagi? Ajak makan sekali ker just macam mimpi. Diorang cari aku just sebab nak siapkan kerja yang diorang kena buat. Camtu ker? Habis madu sepah dibuang..? Camtu ke?

Aku takde mengharapkan balasan apa2. Aku cuma harapkan masa aku, tenaga aku yang telah aku korbankan dihargai. Bukan setakat bila da settle semua, aku just nothing bagi semua. Da la aku memang loner. I'm just not a loner when people look for me but then I'll be forgotten. Pastu aku akan rasa aku ni just dipergunakan dan hanya membazir masa n tenaga aku.

Terima kasih Tuhan sebab memberi kelebihan ini kepadaku. Jika bukan kerana Allah, aku takkan sampai ke tahap ini. Aku harap ilmu yang aku sampaikan akan dapat diterima sebaiknya. Moga semua ini ada hikmahnya buatku...

Tuesday, April 5, 2011

Am I a loner..?

Mood: undefined

Hmm.. Aku sebenarnya diperlukan or tak dalam dunia nih? Sebab kadang bila aku dalam orang ramai, bila aku tengok sekeliling, semua dengan kawan2 masing2 ada orang di samping mereka. Tapi aku...? Aku sorang2 jer.. Dalam majlis grand2 pon camtu jugak. Hmm...

Aku tak taw ape maknanya kau dengan orang2 disekeliling aku ni... Aku rasa cam aku tak dihargai. Adakah semua ni sebab aku punya perangai yang tak suka bergaul? Aku akui aku bukanlah seorang yang peramah. Aku tak reti macam mana nak mulakan bicara, macam mana nak mulakan senyuman. Aku rasa janggal.

One thing yang aku tak puas hati kalau orang yang menjadi ketua or yang belagak ketua hanya tahu bagi arahan but tak penah nak paham orang bawahan. Taw la aku ni kuli jer. But doesn't mean bley layan cam sampah jer. Bagi arahan tapi tak consider perasaan kuli ni. Contohnya bagi keja last minit tapi nak siap esok lusa gak. Agak2 la. Tengok la level keje yang ko kasik tuh. Kalo benda leceh nak siap2 cepat ko ingat yang kuli takde kerja laen ker nak buat. Tambah lak student. Huh..

Kembali cite pasal loner tadi. Actually aku kekadang rasa sangat tersisih. Aku ada or takde cam xde efek pon. Ataupu aku rasa aku hanya diperlukan jika kepakaran aku diperlukan. Tapi kalau masa bergembira ke, waktu lapang ke, aku tak diperlukan langsung. Adakah aku perlu rasa kecewa?

Aku bukan la nak menyalahkan takdir atau apa. Tapi aku taknak terus2 rasa camni. Aku taknak jadi hipokrit. Dalam hati meraung nak giler, depan orang belagak cool. Aku seksa jiwa aku. Aku tak taw sape yang boleh dipercayai dalam idup aku. Aku takut orang yang aku percayai rupa2nya talam 2 muka. Depan aku dialah perndengar setia.. Blakang aku kutuk aku. Tikam2 blakang aku. I hate dat!

Adakah memang kita tak boleh percaya sesiapapun dalam hidup kita? Adakah bagus jadi loner ni? Keep everything in my own self? Tak ke boleh jadi gile nanti sebab pendam perasaan sorang2? Ntahlah... Buat masa ni aku memang takde sesape nak dijadikan teman. I just wonder how long I can stand with dis..........

Sunday, April 3, 2011

Tiada lagi cerita

Assalamualaikum..

Mulai hari ini aku nak ubah cara penulisan aku dalam blog ni. Aku da remove post2 bernombor sebelum ni. Sampai 14 kalau tak silap. Aku tak pasti samada ada or tak orang yang baca itu semua. Tapi andaikata kalau ada la, personally can ask me. Boleh la tinggalkan komen bersama emel.

Cukup sampai sini. GTG!

http://www.emocutez.com
 

Unspoken Thing Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal