Friday, June 21, 2013

Berusaha Mencapai Mampu

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Hari ini diri ini tidak dibelenggu kekusutan dan kekecewaan yang mendorong aku menaip. Sekadar berkongsi rasa.

Mampu... mampu dari segi apa? Emosi? Rohani? Material?
Ketiga-tiga perkara ni penting dalam mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam yang mencabar iaitu rumah tangga.

Emosi... Mampukah aku mengawal emosi? Ketika marah, syakwasangka, sedih...Mampukah aku bertindak rasional? Mampukah aku bertolak ansur?

Rohani... Cukupkah ilmu agamaku? Tahukah aku hukum hakam? Terjagakah ibadatku?

Material... Mampukah nak kahwin? Mampukah tanggung diri, keluarga kelak? Cukupkah dihulur kepada orang tua, keluarga? Hutang ptptn pun belum langsai..... >_<

Aku sedang membaca buku 'Sebelum Aku Bernikah' oleh Hilal Asyraf. Masih tinggal beberapa bab lagi. By reading this book, buat aku berfikir panjang. Direnung dalam-dalam diri sendiri. Memang banyak lagi aku kena siapkan diri aku. Banyak lagi aku kena belajar. Bak kata beliau, bersedia nak kawen tu mudah, bersedia nak rumah tangga tu yang payah. Perkahwinan tu sehari jer, jadi raja sehari. Rumah tangga tu kalau boleh insyaAllah sampai akhir hayat.



Asyik bajet nak kawen berapa ribu, sampai lupa yang lepas tu pakai duit lagi banyak. Membazir nak perkahwinan bak artis bagai, lepas tu pokai. Ahhh... adat melayu ada kalanya membebankan. Tak ikut nanti orang tua tarik muka. Nak kena rancang dari sekarang.

Mak, ni bajet yang kita ada. Jadi orang nak buat biasa-biasa je. Hantaran pun taknak tinggi sangat. Nanti suami nak kena tanggung makan pakai orang dia nak kena tanggung seumur hidup. Tak payah lah letak hantaran macam nak jual anak, nanti yang dia akan belanja kat orang lebih dari 10 ribu. Tak perlu risau orang nak cakap apa. Diorang bukan luak satu sen pun. Dah lah bagi makan free mau cakap banyak lagi.

Agak-agak ok tak kalau aku cakap camni kat mak bapak aku? Haha.. Mungkin perlu diperbaiki lagi agar lebih lembut bunyinya. Ada mana-mana cikgu bahasa boleh tolong? Biar puitis sikit. Heee...

Takmau merepek panjang-panjang pepagi buta ni. Aku cuma berdoa moga segala perancangan dipermudahkan. Apapun, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan.



Wednesday, May 29, 2013

Mencari Damai Di Hati

Assalamualaikum.

Minggu ni sampai minggu depan memang banyak betul jemputan perkahwinan. Ada juga yang bertunang. Masing-masing berubah fasa.

Aku? Tak dinafikan teringin juga. Tapi bila difikir-fikirkan balik, bersediakah aku. Benda ni bukan setakat ikut-ikut rasa. Tapi komitmen selepas itu.

Dan sekarang aku rasa macam takut pulak nak berumah tangga. Aku bimbang aku tak mampu menyempurnakan hidup pasangan aku nanti.

"Awak dah buat keputusan muktamad ke? Kalau belum, awak carilah yang lebih baik dari saya. Sebab saya takut saya tak mampu sempurnakan hidup awak."

Ayat tersebut terkarang dalam minda aku dari semalam. Aku tak tahu sama ada aku mampu lisankan ayat tersebut. Aku rasa aku terlalu banyak kekurangan.

Jodoh, rezeki, ajal maut semua memang telah tertulis. Tak bermaksud kita hanya perlu berdiam  dalam diri dan menunggu. Nasi takkan turun dari langit jatuh ke riba kita. Sama juga dengan jodoh. Bagaimana kita mengharapkan seseorang yang baik, soleh, tapi kita hanya berdiam diri dan tidak mencari.

Itu bukan situasi aku. Aku dalam dilema dengan diri sendiri. Sukar untuk diterjemah. Risau akan masa depan. Sedih!

Sunday, April 14, 2013

Tak Bisa Memilihmu


Assalamualaikum..

Starting dah lagu sedih. Lagu ni ada kaitannya dengan kisah aku. Tapi tak keseluruhan lirik lagu menggambarkan kisah yang sebenar. Tapi part ni kira memang kena lah.

Tak perlu aku tanya samada aku kejam atau tidak. Sebab jawapannya ternyata aku memang kejam. Aku kejam sebab aku dah bagi harapan tapi aku tak pilih dia. Susah apabila terpaksa membuat pilihan antara dua insan yang baik. Sedang cuba mencintai orang yang mencintai diri, kemudian hadir insan yang memang dicintai dalam diam meluahkan perasaan. Bukan senang nak dapat apa yang kita suka. Bila ada peluang, ia dinamakan rezeki. Rezeki atau ujian?

Memang berat hati ni apabila terpaksa melukai salah seorang. Lagi-lagi orang yang memang sayang kat kita. Walaupun hati tak sayang, tapi tetap tersentuh bila ada orang sanggup buat apa saja untuk kita. Jadi macam mana nak hadapi semua ini?

Bukan senang nak memilih. Jadi tak boleh iku perasaan semata-mata. Perlu minta pandangan teman rapat, ibu bapa, risik betul-betul perangai masing-masing. Dalam hal ni, bukan nak bercinta berkapel, tapi mencari calon suami. Seorang yang akan berkongsi segalanya dengan kita kelak. Pastinya inginkan seorang yang dapat memimpin kita ke syurga.

Ya Allah, jika benar dia jodohku, permudahkan urusan kami. Amin...

Tuesday, April 9, 2013

It's complicated

Assalamualaikum warahmatullah.

Dalam kehidupan memang banyak dugaan dan ujian. Ujian iman, ujian kerjaya, ujian kesihatan, ujian perasaan, dan lain-lain lagi. Setabah manakah kita menghadapi semua ujian itu?

Apabila diri semakin meningkat dewasa, ujian perasaan sering menimpa. Disaat diri terpaksa memilih, ternyata suatu perkara yang tak boleh dipandang remeh. Terlalu sukar memahami diri sendiri. Pengaruh persekitaran ada kalanya memberi kesan kepada keputusan yang akan dibuat.

Jadi yang paling penting sekarang, berserah diri sepenuhnya kepada Allah. Kerana Allah mengetahui segala rahsia yang telah tercatat sejak azali lagi. Untuk menyingkap jawapan, jauhkan diri dari segala perkara lagha. Semoga mendapat jawapan yang tepat. Bak kata ayah, kita kena percaya. Bila kita percaya, insyaAllah Allah akan tolong.

InsyaAllah...

Thursday, March 21, 2013

Maafkan Aku

Apa yang telah aku lakukan padamu ku tahu salah. Aku telah melukai hatimu yang tulus mencintaimu. Tapi... Aku tak sanggup membiarkanmu terus menunggu ku. Ku tahu kamu telah menungguku sekian lama. Terlalu mudah aku memutuskan segalanya. Aku tak pasti sesuai atau tidak perkataan 'putus' sebab seingatku tak pernah lagi mengakui atau mengisytiharkan apa-apa hubungan. Seakannya begitulah.

2 tahun lagi. Lama juga, atau tak lah lama sangat. Tapi dalam masa 2 tahun macam-macam boleh berlaku. Hati manusia boleh berubah. Terpulanglah nak kata aku tak setiap, tapi aku tak pernah menjanjikan apa-apa. Aku memang bagi kamu tunggu sebelum ini, tapi tak sanggup memikirkan andainya suatu hari nanti penantian itu sia-sia. Aku keliru. Jadi aku rasa biarlah kamu terluka sekarang. Walaupun alasan aku kurang kukuh. Tapi aku lakukan semua ini untuk kebaikan bersama. Kita masih banyak perlu belajar. Aku taknak kamu terlalu mencintaiku sedang aku belum halal untukmu. Yang layak kamu cintai adalah isterimu. Bukan aku. Kita tak tahu siapa yang bakal jadi jodoh kita suatu hari nanti.

Walaupun kamu pernah kata, kamu tak layak untukku, aku rasa, aku yang tak layak untukmu. Kamu terlalu baik untukku tapi aku sanggup melukakan hatimu. Maaf... Aku sendiri tak pasti adakah ini jalan yang sepatutnya aku ambil. Aku doakan kebahagiaanmu. Walaupun kamu mengharapkan aku mendapat balasan yang setimpal. Aku redha. Aku bukan wanita terbaik untukmu...

Wednesday, February 27, 2013

Apa Yang Ku Cari

Kadang aku keliru apa sebenarnya yang aku mahu dalam hidup aku. Aku lagi mudah keliru bila terdapat banyak pilihan. Aku tak pasti yang mana satu adalah yang terbaik untuk diriku. Aku tak mengharapkan kesempuranaan, tapi aku sangat berharap pilihan itu adalah yang terbaik di antara semua pilihan yang ku ada.

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenu separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Adakah apa yang berlaku sekarangnya menjawab segala persoalan?
Petunjuk istikharahku...
Ternyata jodohku masih belum ditemui.
Rahsia itu tersimpan kukuh selagi belum tiba waktunya.

Sabarlah wahai hati. Apa yang berlaku hari ini hanyalah ujian untuk sang hati.
Namu bibit-bibit kenangan pasti sukar untuk dilupakan.
Aku percaya
Allah tahu apa yang terbaik untuk aku.
 Ya Allah..
Apakah benar Kau telah jauhkan hati-hati mereka dariku?
Adakah benar mereka bukanlah jodohku?
Jika benar, misteri kembali membelenggu hidupku.
Siapakah jodohku kelak?


Wednesday, February 13, 2013

Tolong Bilang Tidak

Assalamualaikum dan selamat malam


Aku ingat perkara macam ni dah takkan berulang lagi. Tapi siapalah kita, bukan mampu meramal masa depan.



Aku jadi risau memikirkan apa yang akan berlaku. Bukanlah kes berat. Tapi... entahlah.

Ada seorang lelaki A telah menaruh harapan yang teramat tinggi terhadap aku, dan aku telah memberi harapan kepadanya. Siap datang rumah jumpa family. Aku respect keberanian dan kesungguhannya. Tapi tiba-tiba ada lagi seorang lelaki B yang berani nak jumpa family aku. Aduiyai.. Kecut jugak aku. Tapi kenapa aku nak kecut pulak? Aku takut tiba-tiba dia cakap nak dekat aku dekat mak ayah aku. Pehh.. Mestilah mamat lagi satu tu frust. Kenapa aku takut, sebab aku la bagi tips memandai sangat. Aku cakap, kalau betul-betul nak cari isteri, tak payah nak mengorat sangat. Lagi bagus pergi jumpa ayah dia terus, wali dia. Buatnya kalau dia nak buat aku bini dia...?

Aku bukan taknak, tapi tak baik la macam tu. Aku taknak dilabelkan perempuan yang cepat berubah hati. Si A tu dah banyak tolong aku, aku nampak kesungguhan dia nak kumpul duit kahwin lah. Ternyata aku tak letak 100% hati aku kepada beliau. Sebab prinsip aku sekarang, selagi belum ada ikatan yang sah, tak perlu nak bagi sepenuh hati, tak payah nak setia hujung nyawa. Kita tak tahu siapa jodoh kita. Allah lebih tahu. Jadi aku pun tak tahu siapa jodoh aku yang sebenarnya. Mungkin si A, mungkin juga si B, mungkin juga bukan kedua-duanya tapi orang lain. Tapi buat masa sekarang, aku taknak melukai si A. Dia terlalu baik dan naif tentang cinta.

Tapi aku tak pula bagitahu hal ni dekat si B. Kenapa aku berat nak bagitahu si B yang si A dah tunggu aku. Hadoi... Berat nanang....

Aku macam tak sabar pulak lak tunggu esok. Aku nak tengok ada jodoh tak aku jumpa dengan si B esok. Kalau ada macam mana? Tunggu episod seterusnya. Dah macam drama lah cerita aku ni.

Tuesday, February 5, 2013

Petang Suam-Suam

Assalamualaikum..........

Di saat ke'touching'an* begini teringat pada blog yang dah berhabuk ni. Aku tak tahu macam mana boleh pulak taching saat2 aku nak pergi beli makanan. Kan tak pasal terpaksa postpone jap walaupun perut dah berdangdut mintak diisi.

Bukan aku mintak fikir, tapi benda ni terlintas sendiri dalam otak aku ni. Pening dah kepala ni. Kasi hantuk ini kapla dekat dinding baru tau. Aku tertanya-tanya sendiri. Ok ke hidup sensorang je. Maksudnya tak terlalu bergantung dengan orang lain. Nak pergi mana, nak buat ape, tak payah susahkan orang mintak teman. Maksudnya juga aku takde what so called 'BFF'.

Bagi aku macam tak penting sangat. Yang pentingnya biar kita ada kawan. Tapi suatu perasaan aneh timbul bila aku kenangkan apa yang terjadi. Satu masa dulu aku baik dengan A. Aku kawan jugak dengan si B. Tapi sekarang A kawan lebih baik dengan yang lagi B. Sejak tu aku rasa macam agak terpinggir. Aku rasa aku ni macam pilihan terakhir la. Kalau A ajak B, tapi B taknak, baru A ajak aku.
 
Memang aku tak kesah hidup sensorang. Tapi aku rasa sedih sangat. Aku sedar aku takde ape2 pun. Korang pergilah kelas tu dengan motor.  Aku naik bas je takpe. Kalau takde bas, biar je aku jalan kaki. Untuk mengelakkan salah faham, aku tak jeles ok. Aku cuma rasa macam terpinggir. Kalau diperlukan baru cari. Kalau tak, korang takde kesah pun. Aku rasa lebih terpinggir sebab aku takde ape2. Tapi kalau aku lengkap semuanya, memang serius aku tak kesah sorang2. Aku tak suka pun orang cari aku bila kesusahan. Tapi bila aku susah, wat pejam mata jer. Tapi apa pun aku halalkan ape yang aku da curahkan dalam pelbagai cara sekalipun.

Adakah aku mengeluh sebab sensorang?
Tak.. Sebab aku bukan sorang2.. Allah sentiasa bersama aku. Cuma kadang2 aku lupa yang dia sentiasa mendengar rintih hatiku. Ampunkan aku Ya Allah....... T_T

nota kaki: Jangan risau. Dalam kubur nanti sensorang gak.
 

Unspoken Thing Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal