Wednesday, May 29, 2013

Mencari Damai Di Hati

Assalamualaikum.

Minggu ni sampai minggu depan memang banyak betul jemputan perkahwinan. Ada juga yang bertunang. Masing-masing berubah fasa.

Aku? Tak dinafikan teringin juga. Tapi bila difikir-fikirkan balik, bersediakah aku. Benda ni bukan setakat ikut-ikut rasa. Tapi komitmen selepas itu.

Dan sekarang aku rasa macam takut pulak nak berumah tangga. Aku bimbang aku tak mampu menyempurnakan hidup pasangan aku nanti.

"Awak dah buat keputusan muktamad ke? Kalau belum, awak carilah yang lebih baik dari saya. Sebab saya takut saya tak mampu sempurnakan hidup awak."

Ayat tersebut terkarang dalam minda aku dari semalam. Aku tak tahu sama ada aku mampu lisankan ayat tersebut. Aku rasa aku terlalu banyak kekurangan.

Jodoh, rezeki, ajal maut semua memang telah tertulis. Tak bermaksud kita hanya perlu berdiam  dalam diri dan menunggu. Nasi takkan turun dari langit jatuh ke riba kita. Sama juga dengan jodoh. Bagaimana kita mengharapkan seseorang yang baik, soleh, tapi kita hanya berdiam diri dan tidak mencari.

Itu bukan situasi aku. Aku dalam dilema dengan diri sendiri. Sukar untuk diterjemah. Risau akan masa depan. Sedih!
 

Unspoken Thing Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal