Wednesday, October 5, 2016

Apakah jujur itu satu dosa?

Ingin ku luah
bimbang menyakiti
ingin ku telan
ku luka sendiri

harus bagaimana lagi
untuk katakan
apa yang terbuku di hati

saat ku jujur tentang rasaku
kau menarik muka
mungkin ku tak layak berkata-kata

saat ku menasihati
kau bagai tak endah
meski demi kebaikanmu

bila ku pilih berdiam diri
ku fikir itu terbaik
namun semakin hari
memakan diri

Aku buntu
aku keliru
bagai aku
bukan siapa-siapa bagimu

Apakah jujur itu satu dosa?

Friday, July 1, 2016

Kisah Isteri Curang

Aku nak share satu kisah.

Tentang sepasang suami isteri yang dah berumah tangga selama hampir 30 tahun. Anak2 dah besar panjang. Bila anak2 dah tinggal berjauhan(bekerja, belajar), tinggal lah mereka berdua je. Nak dijadikan cerita, salah seorang si anak tahu yg si ibu sedang berhubung dgn lelaki lain (a.k.a curang). Bermanja kasih dalam whatsapp.. Cerita kisah luar dalam. Apa korang rasa sebagai anak?

Bapak dia punyalah baik, rajin&pandai masak, kerja senang, selalu ke masjid. Kira calon suami pilihan lah. Mungkin kadang2 panas baran, tapi tak pernah naik tangan. Mungkin tak romantik, tapi apa mintak semua dapat.

Tu ke alasan si ibu menduakan si bapak? Kurang kasih sayang? Sunyi? Umur dah separuh abad kot... Bukan muda lagi. Tak malu ke dengan anak2? Tak malu dengan suami? Mind your own business katanya.

Apa nak jadi dengan dunia ni sebenarnya? Ni kalau jadi drama tv memang rating tinggi punya.

Jadi, sebagai seorang anak, korang rasalah ape yang si anak perlu buat? Kisah sadis dpan mata. Bila ditegur katanya tak respek dia sebagai ibu. Takkan nak tengok je maksiat depan mata. Mungkin tak nampak depan2 maksiat tu. Tapi apa yang masih tersembunyi, yang tak nampak kita belum tahu. Tak tahu sejauh mana dah tersasar.

Sangat complicated kisah ni. Aku share je. Aku pun tak tahu kesudahan cerita ni.

Bersambung...

Friday, July 24, 2015

Jangan Berangan Nak Berpoligami Kalau...

Sebelum kahwin berjanji sumpah setia, takkan mendua. Lepas kahwin mahu pasang dua. Dia lupa saat dia bangkit wanita itu yang menyokongnya. Tapi bila dah senang, nak kongsikan dengan yang baru pula.

Aku menyampah bila lelaki-lelaki mata keranjang yang kononnya nak ikut sunnah nabi. Tapi solat 5 waktu pun tak pernah cukup, masjid pun tak jejak, harap solat jumaat. Tu pun kalau pergi lah. Nak bagi nafkah makan pakai pun berkira.

Jangan mengaku adil kalau.....
  1. ada bini sorang pun tak dapat nak luangkan masa. Anak-anak pun kurang kasih sayang.
  2. curang secara sorok-sorok atau terang-terangan.Tahu ke tak hukum orang menipu? Cuba kalau isteri kau yang tipu pulak.
  3. makan pakai anak bini pun tak cukup. Memang takkan cukup untuk bini yang satu lagi.
  4. kau lebihkan bakal bini baru kau, kau abaikan bini kau yang sah. Pffttt..
  5. kau sanggup pergi kahwin sorok-sorok. Lepas tu sorok bini baru kau sampai pecah tembelang.
  6. kau sanggup pukul bini kau sebab nak kawen lain? Kau ni jantan ape ek?

Wahai para suami, hargailah wanita disampingmu.

Cuba bayangkan kalau wanita boleh berpoligami.

"Sayang nak kawen lagi satu. Abang tolong tandatangan borang ni ye."

Agak-agak korang boleh terima tak isteri korang bersama dengan lelaki lain? Padahal korang suami dia. Sekali-sekala cuba fikir kalau korang di tempat mereka.

Ingatlah, semakin ramai isteri, semakin besar keluarga, semakin besar tanggungjawab. Jangan fikir keseronokan semata-mata.

Jadilah nakhoda yang mampu mengemudi kapal ke destinasi dengan selamat.
Jadilah imam yang mampu membawa keluargamu ke Jannah.


Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).
(An-Nisaa' 4:19)


Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(An-Nisaa' 4:129)
 

Unspoken Thing Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal