Kenapa mesti kita melupakan seseorang itu?
Bagi sesetengah orang, selagi imej atau kenangan atau ingatan terhadap
seseorang yang telah mengecewakan atau menyakiti hati mereka sama ada
secara langsung atau pun tidak, akan menyebabkan mereka bersedih.
Justeru, seperti duri yang tertanam di dalam daging, duri itu mesti
dicabut, ingatan tersebut mesti dibuang jauh-jauh.
Kenangan tidak dapat dihilangkan, tetapi boleh dilupakan.
Ini kerana otak manusia tidak berfungsi seratus peratus seperti CD atau alat-alat penyimpan maklumat. Album gambar boleh dibakar,
cakera keras boleh diformat semula menjadi kosong, tetapi ingatan
manusia akan dibawa sampai ke mati. Jadi cara yang ada ialah melupakan,
mengabaikan dan bukannya menghilangkan.
Bagaimana cara-cara untuk melupakannya?
Sibukkan Diri
Dengan Aktiviti Berfaedah – Anda boleh melupakan kenangan-kenangan lama
dengan si dia dengan menyibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti.
Bersedialah untuk berkorban demi kejayaan. Bersedialah untuk
melaksanakan tugasan dan tanggungjawab baru. Kesibukan akan menyebabkan
anda perlahan-lahan dapat melupakan kenangan lalu.
Elakkan Diri Daripada Bersendirian – Perasaan sayang
yang mendalam dan keterlaluan mungkin sukar untuk dibuang dalam masa
yang singkat. Untuk itu, elakkan diri anda daripada bersendirian.
Carilah orang untuk berbicara, dan suatu masa nanti anda akan menemui
nilai-nilai tertentu dalam diri orang-orang yang bertemu dengan anda,
Dan nilai-nilai itu akan mengubati luka akibat kesan kekecewaan, sakit
hati yang telah diperkuatkan oleh kasih sayang anda terhadap orang yang
ingin anda lupai.
Elakkan Persoalan Berkaitan Orang Yang Ingin Dilupai –
Ada sesetengah orang, apabila kecewa dengan seseorang, dia akan pergi
menjauhkan diri daripada orang ramai atau daripada kawan-kawan. Dalam
sesetengah kes, ini mungkin berkesan sekiranya tujuan dia untuk
mengelakkan daripada dikaitkan dengan soalan-soalan berkaitan dengan
orang yang ingin dilupai.
Pulangkan Atau Buangkan Segala Barangan Yang Mengandungi Nilai Perasaan – Kadangkala anda melupakan seseorang
bukan kerana anda benci lantaran perasaan kecewa anda terhadap
seseorang itu, tetapi kerana masih ada nilai perasaan dalam kenangan
tertentu yang ingin anda lupakan. Nilai-nilai inilah yang menjana
perasaan sedih dan murung dalam hidup anda.
Sesetengah orang mengambil langkah pantas dengan memadamkan semua
benda yang boleh mengembalikan ingatan atau kenangan terhadap orang yang
ingin dilupai. Cenderamata, hadiah, surat atau foto dibuang atau
dibakar. Perasaan berat hati dilawan dan ditentang demi kebahagiaan pada
kemudian hari.
Perundingan Terhormat – Salah satu cara lain ialah
menerusi perundingan. Namun perundingan ini perlu mempunyai objektif
tertentu supaya kita tidak berasa sakit hati. Kita harus memiliki
keazaman yang kuat untuk melupakan dia sebelum perundingan dan selepas
perundingan dibuat. Perundingan ini mungkin mengubah rasa untuk bercinta
kepada perhubungan biasa atau kawan. Dalam keadaan ini, perasaan saling
menghormati akan turut membantu menawarkan perasaan kecewa atau sakit
hati kita terhadap seseorang.
Bagaimana pula dalam kes cinta bertepuk sebelah tangan. Atau
kita ingin berkawan atau mendekati seseorang tetapi ditolak bulat-bulat
oleh orang tersebut tanpa perundingan. Setiap kali kita mahu mendekatinya, maka setiap kali itu juga dia cuba mengelakkan diri atau
menjauhi diri daripada kita. Ya, ini juga soalan terbaru yang saya
terima. Kepada anda yang bertanya, maka saya cadangkan anda mengikut
langkah terawal yang saya sebutkan tadi. Perundingan mungkin sukar
dilakukan, maka anda tidak mempunyai pilihan lain selain menghormati
kehendak si dia dan meneruskan kehidupan baru anda.
Mulakan Kehidupan Baru, Lupakan Titik Kepiluan Lalu –
Bagaimana sekiranya anda rasa ada sesuatu yang perlu anda beritahu
kepada dia. Salah faham tertentu, fitnah dan sebagainya? Kadangkala
tidak semua keadaan memihak kepada kita. Cara terbaik ialah memulakan
kehidupan baru tanpa si dia. Sebarang penganiayaan yang berlaku ke atas
diri kita biarlah ditetapkan dengan kasih sayang dan keadilan Tuhan.
Tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan mudah di dunia ini.
Apa pun teruskan kehidupan baru. Tanam azam dan matlamat.
Carilah tujuan asal kehidupan kita. Apabila kita menemui tujuan sebenar
kehidupan kita di muka bumi, maka bukan sahaja perasaan sakit hati atau
kecewa terhadap orang yang ingin kita lupai akan hilang, malah
masalah-masalah berkaitan perasaan yang lain juga mungkin akan sembuh
secara semula jadi.
Wujudkan Matlamat Akhirat – Inilah keajaiban yang ada
di muka bumi. Semakin kita cuba berusaha memperbaiki diri dan mencari
keredhaan Allah, maka semakin luka di dalam jiwa kita akan sembuh.
Semakin cerah sinar kebahagiaan dan harapan terhadap diri kita.
Cinta, perasaan dan hubungan sesama manusia mungkin topik
yang menarik untuk dibicarakan sehingga dijadikan ilham untuk menulis
lirik lagu, novel dan skrip drama kerana ia merupakan perkara lumrah
dalam kehidupan manusia. Namun, apabila kita menemui tujuan asal kita
wujud di muka bumi ini, maka, perasaan kebahagiaan akan mula melindungi
jiwa kita. Tetapkan satu matlamat berupa ganjaran akhirat, maka kita
akan kebal daripada sebarang kekecewaan, kekesalan dan dendam dunia.
Menjadi Kekasih Allah – Ini adalah satu langkah yang
terbaik untuk mengubati jiwa sebagai seorang hamba. Menerusi langkah
ini, kita belajar dan cuba mengenali sifat-sifat Allah. Kita mendekati
diri kita kepada Allah. Menghayati kekuasaan dan nikmat yang telah
diberikan kepada diri kita. Jangan bersedih, setiap yang berlaku pasti
ada hikmahnya. Kita pasrah dan menyerah diri kepada Allah.
Dalam catatan sejarah berkaitan dengan para sahabat, wali dan sufi,
terdapat kisah beberapa wali atau kekasih Allah yang sangat-sangat
mencintai Allah sehingga tidak ada kasih sayang manusia berupa cinta
atau kemewahan atau apa-apa sahaja nikmat dunia yang mampu menandingi
perasaan cintanya kepada Allah. Mereka yang mempunyai perasaan cinta sejati kepada Allah ini, hatinya sentiasa tenang dan bahagia. Jika mereka bersedih, maka mereka bersedih kerana dosa mereka
terhadap Allah, dan jika mereka menangis, juga kerana Allah, tidur
kerana Allah, makan kerana Allah, berbicara kerana Allah, mandi kerana
Allah, berjalan kerana Allah dan segala-galanya kerana Allah. Manusia
seperti ini mengabaikan kemewahan dan kegemilangan dunia demi mencari
keredhaan Allah.
Sumber
Thursday, December 13, 2012
Tuesday, December 11, 2012
Mudah dapat Jodoh?
Sesungguhnya urusan jodoh adalah ketetapan ALLAH. Kita hamba Nya yang lemah ini tidak ada daya upaya langsung untuk menetapkan jodoh kita melainkan semuanya dalam ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang boleh kita buat ialah merayu dan memohon pertolongan ALLAH SWT supaya mempertemukan jodoh kita sebaik mungkin.
Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.
1. MEMBACA SURAH YASSIN SETIAP MALAM sebab dalam satu hadith nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. InsyaAllah mustajab.
2. MEMBACA AL-FATIHAH BERULANG-ULANG KALI, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.
3. MELAKUKAN SEMBAHYANG HAJAT 3 HARI BERTURUT-TURUT dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.
4. BERDOA DI SETIAP SELEPAS SOLAT 5 WAKTU, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah…
5. BANGUN TENGAH MALAM SEMBAHYANG TAHAJUD, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian solat hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan khusyuk, insyaallah..
6. SOLAT HAJAT 2 RAKAAT >Doa, 2 rakaat lagi>Doa, 2 rakaat lagi > Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehingga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)
7. BETULKAN NIAT KAHWIN KERANA ALLAH, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya
8. BERDOA DI WAKTU YG TERTENTU YANG MUSTAJAB atau di tempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.
9. BERDOA DENGAN MENGGUNAKAN DOA-DOA AJARAN RASULULLAH atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.
10. SELAMAT BERAMAL, JANGAN MAKAN MAKANAN YANG HARAM, ATAU GUNA PAKAIAN, TEMPAT APA SAJA YG HARAM shubhah, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.
INSYAALLAH, jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.
Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik.
sumber
Thursday, December 6, 2012
Cinta Glaukoma
Assalamualaikum kepada anda yang tersesat di sini.
Cinta Glaukoma?
Cinta itu perasaan.
Glaukoma pula merupakan sejenis kerosakan mata yang boleh menyebabkan hilang penglihatan(buta)
Sebenarnya yang cuba disampaikan cumalah Cinta Buta. Penggunaan term glaukoma macam sesuai lak. Biasanya manusia yang bercinta tu asalnya celik. Tapi sebab chenta tetiba buta tanpa disedari.
Kenapa cinta buta?
Cinta buta bukan sebab cinta yang buta tetapi mata yang dibutakan sebab cinta.
Biasa tengok tak orang jalan berkepit dekat public. Lepas tu pulak dok berjiwang sakan dekat fb. Tapi bila gaduh mula lah nak terjun bangunan lah, bunuh diri la, tapi post dekat fb, twitter, g+ dan sama waktu dengannya. Apekejadah semua itu? Manggaribut betul lah.
Cinta boleh menyebabkan hilang kewarasan. Bukan aku cakap, tapi ada dalam paper(da lupa paper ape). Macam yang disebutkan di atas lah. Bila ada masalah, otak pon bermasalah lah nak fikir baik dan buruk. Tapi yang peliknya, dah bergaduh bagai nak rak boleh pulak tu baik balik. Butanya mata hati..
Mungkin ada value yang bagus dekat situ: memaafkan kesalahan
Tapi takyah kecoh sangat ye. Mungkin bagi anda anda yang terasa (mintak maap) akan cakap,
"Yang ko friend dekat fb, follow twitter aku pehal......?"
Then aku tanye balik, yang ko buat fb/twitter kenapa? bukan sebab nak add friend? Member2 kolej, classmate skolah rendah, group discussion.
Dan kalau rasa taknak orang baca, yang bising2 dekat laman sosial kenapa? Tu maknanya memang nak suruh orang tahu. Kalau taknak orang tahu, tulis dekat dalam diari je
"Suka hati aku lah nak tulis ape pun!"
Well... aku tak kesah pun apa orang lain nak tulis. Tapi apa yang kita tulis menunjukkan perangai, sikap, peribadi kita. Budak ni over, budak ni poyo, budak ni bajet hot, budak ni desperate... Biasa yang suka melepaskan emosi camni perempuan lah. Tolonglah adik2, kakak2, kawan2 sekalian. Jangan memalukan diri sendiri sebab lelaki. Korang dok meroyan sebab diorang, tah diorang lagi bangga dan bajet hot sebab ade jugak minah meroyan tergila-gila dekat diorang.
Tak perlulah bazirkan airmata, tenaga dan masa untuk orang yang tak hargai kita. Hati pun sakit, hidup tak bahagia.
Cinta Glaukoma?
Cinta itu perasaan.
Glaukoma pula merupakan sejenis kerosakan mata yang boleh menyebabkan hilang penglihatan(buta)
Sebenarnya yang cuba disampaikan cumalah Cinta Buta. Penggunaan term glaukoma macam sesuai lak. Biasanya manusia yang bercinta tu asalnya celik. Tapi sebab chenta tetiba buta tanpa disedari.
Kenapa cinta buta?
Cinta buta bukan sebab cinta yang buta tetapi mata yang dibutakan sebab cinta.
Biasa tengok tak orang jalan berkepit dekat public. Lepas tu pulak dok berjiwang sakan dekat fb. Tapi bila gaduh mula lah nak terjun bangunan lah, bunuh diri la, tapi post dekat fb, twitter, g+ dan sama waktu dengannya. Apekejadah semua itu? Manggaribut betul lah.
Cinta boleh menyebabkan hilang kewarasan. Bukan aku cakap, tapi ada dalam paper(da lupa paper ape). Macam yang disebutkan di atas lah. Bila ada masalah, otak pon bermasalah lah nak fikir baik dan buruk. Tapi yang peliknya, dah bergaduh bagai nak rak boleh pulak tu baik balik. Butanya mata hati..
Mungkin ada value yang bagus dekat situ: memaafkan kesalahan
Tapi takyah kecoh sangat ye. Mungkin bagi anda anda yang terasa (mintak maap) akan cakap,
"Yang ko friend dekat fb, follow twitter aku pehal......?"
Then aku tanye balik, yang ko buat fb/twitter kenapa? bukan sebab nak add friend? Member2 kolej, classmate skolah rendah, group discussion.
Dan kalau rasa taknak orang baca, yang bising2 dekat laman sosial kenapa? Tu maknanya memang nak suruh orang tahu. Kalau taknak orang tahu, tulis dekat dalam diari je
"Suka hati aku lah nak tulis ape pun!"
Well... aku tak kesah pun apa orang lain nak tulis. Tapi apa yang kita tulis menunjukkan perangai, sikap, peribadi kita. Budak ni over, budak ni poyo, budak ni bajet hot, budak ni desperate... Biasa yang suka melepaskan emosi camni perempuan lah. Tolonglah adik2, kakak2, kawan2 sekalian. Jangan memalukan diri sendiri sebab lelaki. Korang dok meroyan sebab diorang, tah diorang lagi bangga dan bajet hot sebab ade jugak minah meroyan tergila-gila dekat diorang.
Tak perlulah bazirkan airmata, tenaga dan masa untuk orang yang tak hargai kita. Hati pun sakit, hidup tak bahagia.
La Tahzan Innallaha Ma'ana
Jangan bersedih, Sesungguhnya ALLAH bersama kita