Friday, July 24, 2015

Jangan Berangan Nak Berpoligami Kalau...

Sebelum kahwin berjanji sumpah setia, takkan mendua. Lepas kahwin mahu pasang dua. Dia lupa saat dia bangkit wanita itu yang menyokongnya. Tapi bila dah senang, nak kongsikan dengan yang baru pula.

Aku menyampah bila lelaki-lelaki mata keranjang yang kononnya nak ikut sunnah nabi. Tapi solat 5 waktu pun tak pernah cukup, masjid pun tak jejak, harap solat jumaat. Tu pun kalau pergi lah. Nak bagi nafkah makan pakai pun berkira.

Jangan mengaku adil kalau.....
  1. ada bini sorang pun tak dapat nak luangkan masa. Anak-anak pun kurang kasih sayang.
  2. curang secara sorok-sorok atau terang-terangan.Tahu ke tak hukum orang menipu? Cuba kalau isteri kau yang tipu pulak.
  3. makan pakai anak bini pun tak cukup. Memang takkan cukup untuk bini yang satu lagi.
  4. kau lebihkan bakal bini baru kau, kau abaikan bini kau yang sah. Pffttt..
  5. kau sanggup pergi kahwin sorok-sorok. Lepas tu sorok bini baru kau sampai pecah tembelang.
  6. kau sanggup pukul bini kau sebab nak kawen lain? Kau ni jantan ape ek?

Wahai para suami, hargailah wanita disampingmu.

Cuba bayangkan kalau wanita boleh berpoligami.

"Sayang nak kawen lagi satu. Abang tolong tandatangan borang ni ye."

Agak-agak korang boleh terima tak isteri korang bersama dengan lelaki lain? Padahal korang suami dia. Sekali-sekala cuba fikir kalau korang di tempat mereka.

Ingatlah, semakin ramai isteri, semakin besar keluarga, semakin besar tanggungjawab. Jangan fikir keseronokan semata-mata.

Jadilah nakhoda yang mampu mengemudi kapal ke destinasi dengan selamat.
Jadilah imam yang mampu membawa keluargamu ke Jannah.


Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).
(An-Nisaa' 4:19)


Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(An-Nisaa' 4:129)

Wednesday, April 9, 2014

Aku, Dia dan .......

Mungkin perkenalan ini agak singkat. Tapi caranya memang membuatkan aku rasa selesa. Selalu buat aku ketawa. Gurau sendanya... First impression aku terhadap dia sangat teruk sebenarnya. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terima perbuatan dia. Padahal explanation dia tak masuk akal pun. Bila aku dah mula rapat dengan dia, aku seakan melupakan kisah lepas dia.

Sehinggalah suatu hari ex tunang dia muncul dalam kisah kami. Membongkarkan segala-galanya dekat aku. Aku bagai tersedar dalam lamunan. Aku anggap semua yang kata-kata cinta, semua yang dia lakukan untuk aku cuma lakonan yang terbaik dari dia. Rasa sangat-sangat tertipu. But then just a few days aku da sejuk. Aku perlahan-lahan dapat maafkan dia. Bila dah makin rapat, aku kenalkan dekat family aku.

Mak aku jenis yang demand tinggi. Aku tahu mak aku kurang setuju. Yelah.. Kerja biasa saja. Mampu ke nak tanggung anak dia nih nanti. Aku tak membangkang pandangan mak aku. Dan aku pun tidak bersetuju. Di suatu sudut aku fikir tak salah aku bagi peluang untuk dia buktikan yang dia mampu jaga aku. Tapi pada masa lain aku terfikir juga sampai bila aku nak bagi masa?

Aku pernah rasa macam dipergunakan. Aku pernah rasa macam diambil kesempatan. Aku tak nafikan yang dia banyak berkorban masa dan tenaga untuk aku. Tapi kenapa aku yang harus berkorban wang untuk dia? Memang dia jarang meminta. Tapi caranya kadang-kadang buat aku rasa terpaksa. Aku rasa taknak keluar makan dengan dia sebab aku akan terpaksa spend untuk dua orang. Aku cuba mengelak untuk keluar masa dia tak ada duit sebab aku yang akan tanggung kos minyak dan makan. Really not gentleman

Ayah pun pesan. Kenal elok-elok. Kaji dulu perangai. Jangan sebab cinta jadi buta. Lelaki kalau mintak duit perempuan tu memang tak bagus. Mak kata benda lebih kurang sama. Tetiba aku rasa aku mula buta. Macam diorang tahu je apa yang jadi. Parent memang ada instint yang kuat. And now I woke up. Sampai bila nak macam ni. Sekarang pun dah macam ni. Akan datang macam mana? Mampukah dia tanggung aku, tanggung keluarga nanti? Aku macam perlu bina jarak antara kami. Aku taknak dia anggap aku tak hargai langsung dia dalam hidup aku. Dia memang selalu ada untuk aku. Dia selalu cuba ceriakan aku. Dia sanggup susahkan diri dia untuk aku. Tapi..... It's not about money. Tapi ni tentang masa depan. Aku taknak hidup dibelenggu hutang. Aku taknak jadi perempuan yang terpaksa menanggung lelaki. Aku taknak dilihat macam orang yang teraniaya. Aku pun taknak dia dianggap kikis duit perempuan. Rupanya taraf memang ada kesan dalam perhubungan. Sebab macam-macam akan dipersoalkan kelak. Ungkit-mengungkit, banding membanding.. Entahlah.. Tak mampu nak fikir.

Kejamkah aku kalau terima pinangan orang lain dan putuskan dia...?



Friday, June 21, 2013

Berusaha Mencapai Mampu

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Hari ini diri ini tidak dibelenggu kekusutan dan kekecewaan yang mendorong aku menaip. Sekadar berkongsi rasa.

Mampu... mampu dari segi apa? Emosi? Rohani? Material?
Ketiga-tiga perkara ni penting dalam mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam yang mencabar iaitu rumah tangga.

Emosi... Mampukah aku mengawal emosi? Ketika marah, syakwasangka, sedih...Mampukah aku bertindak rasional? Mampukah aku bertolak ansur?

Rohani... Cukupkah ilmu agamaku? Tahukah aku hukum hakam? Terjagakah ibadatku?

Material... Mampukah nak kahwin? Mampukah tanggung diri, keluarga kelak? Cukupkah dihulur kepada orang tua, keluarga? Hutang ptptn pun belum langsai..... >_<

Aku sedang membaca buku 'Sebelum Aku Bernikah' oleh Hilal Asyraf. Masih tinggal beberapa bab lagi. By reading this book, buat aku berfikir panjang. Direnung dalam-dalam diri sendiri. Memang banyak lagi aku kena siapkan diri aku. Banyak lagi aku kena belajar. Bak kata beliau, bersedia nak kawen tu mudah, bersedia nak rumah tangga tu yang payah. Perkahwinan tu sehari jer, jadi raja sehari. Rumah tangga tu kalau boleh insyaAllah sampai akhir hayat.



Asyik bajet nak kawen berapa ribu, sampai lupa yang lepas tu pakai duit lagi banyak. Membazir nak perkahwinan bak artis bagai, lepas tu pokai. Ahhh... adat melayu ada kalanya membebankan. Tak ikut nanti orang tua tarik muka. Nak kena rancang dari sekarang.

Mak, ni bajet yang kita ada. Jadi orang nak buat biasa-biasa je. Hantaran pun taknak tinggi sangat. Nanti suami nak kena tanggung makan pakai orang dia nak kena tanggung seumur hidup. Tak payah lah letak hantaran macam nak jual anak, nanti yang dia akan belanja kat orang lebih dari 10 ribu. Tak perlu risau orang nak cakap apa. Diorang bukan luak satu sen pun. Dah lah bagi makan free mau cakap banyak lagi.

Agak-agak ok tak kalau aku cakap camni kat mak bapak aku? Haha.. Mungkin perlu diperbaiki lagi agar lebih lembut bunyinya. Ada mana-mana cikgu bahasa boleh tolong? Biar puitis sikit. Heee...

Takmau merepek panjang-panjang pepagi buta ni. Aku cuma berdoa moga segala perancangan dipermudahkan. Apapun, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan.



 

Unspoken Thing Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal