Wednesday, January 18, 2012

Tak Harus Memiliki

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dah lama tak menaip kat blog usang ni. Da masuk tahun baru dah pun. Aku conteng kat sini time aku sedih je. Bukan la aku ni jarang sangat rasa sedih. Kadang2 aku lupa yang aku ada blog ni, diari maya aku. Ok..ok.. Back to the story.

Dalam dunia ni bukannya semua yang kita inginkan kita dapat. Kalau boleh semua yang diidamkan, diharapkan mesti mahu dimiliki. So sad bila tak mampu nak dapatkannya. Perlu usaha yang lebih jika benda tu susah nak dapatkan.

Bagaimana pula kalau perlukan kos yang tinggi untuk memiliki sesuatu tu sedangkan tak ada duit yang banyak? Tak kerja memang la tak ada duit. Nak kena kerja part time ke? Mintak kat mak bapak?  Kumpul duit belanja? Merompak?

Keinginan yang teramat sangat. Kalaulah ada yang sanggup penuhi keinginan ini alangkah indahnya dunia. Tapi dalam mimpi je lah kot. Setakat ni aku nampak masa depan yang kelam. Bukan masa depan aku, tapi masa depan untuk memiliki.

Memiliki apa?

Biarlah rahsia keinginan yng mungkin berkubur..

Sob..sob.. T_T

Sunday, October 9, 2011

Permainkan Perasaan

Aku kawan ngan semua orang. Aku takde niat nk permainkan perasaan orag atau menarik perhatian org terutamanya kaum bukan sejenis. Bukan aku nak rapat dengan mereka sebab nak ambil kesempatan untuk kesenangan aku.

Tapi kadang fikir cam salah aku jugak. Kenapa aku macam bagi harapan je kat mereka. Aku balas mesej, chat. Aku tak pernah cakap tak. Jadi mereka fikir aku ni semakin rapat ngan mereka. Bagi individu aku ni je la yang rapat ngan diorang. Pastu lelame rase syok dekat aku. Sedangkan aku rapat jugak ngan orang lain. Adakah aku sedang mempermainkan perasaan mereka?

Aku ni memang da janji kat diri aku buat masa ni aku taknak someone special. Aku taknak terikat dengan sesiapa sebab aku tak dapat nk bagi komitmen. Aku nak hidup aku ni bukan hanya untuk seseorang. Sampai aku terlalu leka dan lupa orang sekeliling aku.

Sebab tu aku kawan jer ngan semua orang. Walaupun aku sedar yang aku ni mudah je rapat ngan kaum adam. Tapi aku takde pon kua berkepit2 ngan setiap dari mereka. Semuanya just sekadar dalam fon atau chat.
Ok, aku rasa aku patut ubah sikap aku. Aku takkan layan lagi kaum adam walaupun dalam chat atau mesej. Cukup sampai disini. Aku takkan dituduh mempermainkan perasaan orang. Cukup la ex aku jer fikir aku ni seorang perempuan yang teruk!

Friday, September 30, 2011

Bila terkenang.............

Bukan aku nak ingat
bukan aku nak kenang
tapi kadang2 teringat
apa boleh buat
aku tak mengharap kat dia
bila dia menjauh dari hidup aku
aku redha
tapi bila dia hadir kembali
untuk apa?
melukai aku lagi?
Entahlah
Aku taknak kisah lama berulang
biarlah.. biarlah...
aku relakan dia pergi
aku takkan letakkan apa2 harapan lagi
walaupun tersudut di lubuk hati
sisa cinta yang ditinggalkan
biarlah ianya sekadar
kenangan masa lalu
antara dia dan aku
 

Unspoken Thing Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal