Assalamualaikum.
Minggu ni sampai minggu depan memang banyak betul jemputan perkahwinan. Ada juga yang bertunang. Masing-masing berubah fasa.
Aku? Tak dinafikan teringin juga. Tapi bila difikir-fikirkan balik, bersediakah aku. Benda ni bukan setakat ikut-ikut rasa. Tapi komitmen selepas itu.
Dan sekarang aku rasa macam takut pulak nak berumah tangga. Aku bimbang aku tak mampu menyempurnakan hidup pasangan aku nanti.
"Awak dah buat keputusan muktamad ke? Kalau belum, awak carilah yang lebih baik dari saya. Sebab saya takut saya tak mampu sempurnakan hidup awak."
Ayat tersebut terkarang dalam minda aku dari semalam. Aku tak tahu sama ada aku mampu lisankan ayat tersebut. Aku rasa aku terlalu banyak kekurangan.
Jodoh, rezeki, ajal maut semua memang telah tertulis. Tak bermaksud kita hanya perlu berdiam dalam diri dan menunggu. Nasi takkan turun dari langit jatuh ke riba kita. Sama juga dengan jodoh. Bagaimana kita mengharapkan seseorang yang baik, soleh, tapi kita hanya berdiam diri dan tidak mencari.
Itu bukan situasi aku. Aku dalam dilema dengan diri sendiri. Sukar untuk diterjemah. Risau akan masa depan. Sedih!
Wednesday, May 29, 2013
Sunday, April 14, 2013
Tak Bisa Memilihmu
Assalamualaikum..
Starting dah lagu sedih. Lagu ni ada kaitannya dengan kisah aku. Tapi tak keseluruhan lirik lagu menggambarkan kisah yang sebenar. Tapi part ni kira memang kena lah.
Tak perlu aku tanya samada aku kejam atau tidak. Sebab jawapannya ternyata aku memang kejam. Aku kejam sebab aku dah bagi harapan tapi aku tak pilih dia. Susah apabila terpaksa membuat pilihan antara dua insan yang baik. Sedang cuba mencintai orang yang mencintai diri, kemudian hadir insan yang memang dicintai dalam diam meluahkan perasaan. Bukan senang nak dapat apa yang kita suka. Bila ada peluang, ia dinamakan rezeki. Rezeki atau ujian?
Memang berat hati ni apabila terpaksa melukai salah seorang. Lagi-lagi orang yang memang sayang kat kita. Walaupun hati tak sayang, tapi tetap tersentuh bila ada orang sanggup buat apa saja untuk kita. Jadi macam mana nak hadapi semua ini?
Bukan senang nak memilih. Jadi tak boleh iku perasaan semata-mata. Perlu minta pandangan teman rapat, ibu bapa, risik betul-betul perangai masing-masing. Dalam hal ni, bukan nak bercinta berkapel, tapi mencari calon suami. Seorang yang akan berkongsi segalanya dengan kita kelak. Pastinya inginkan seorang yang dapat memimpin kita ke syurga.
Ya Allah, jika benar dia jodohku, permudahkan urusan kami. Amin...
Tuesday, April 9, 2013
It's complicated
Assalamualaikum warahmatullah.
Dalam kehidupan memang banyak dugaan dan ujian. Ujian iman, ujian kerjaya, ujian kesihatan, ujian perasaan, dan lain-lain lagi. Setabah manakah kita menghadapi semua ujian itu?
Apabila diri semakin meningkat dewasa, ujian perasaan sering menimpa. Disaat diri terpaksa memilih, ternyata suatu perkara yang tak boleh dipandang remeh. Terlalu sukar memahami diri sendiri. Pengaruh persekitaran ada kalanya memberi kesan kepada keputusan yang akan dibuat.
Jadi yang paling penting sekarang, berserah diri sepenuhnya kepada Allah. Kerana Allah mengetahui segala rahsia yang telah tercatat sejak azali lagi. Untuk menyingkap jawapan, jauhkan diri dari segala perkara lagha. Semoga mendapat jawapan yang tepat. Bak kata ayah, kita kena percaya. Bila kita percaya, insyaAllah Allah akan tolong.
InsyaAllah...