Assalamualaikum..........
Di saat ke'touching'an* begini teringat pada blog yang dah berhabuk ni. Aku tak tahu macam mana boleh pulak taching saat2 aku nak pergi beli makanan. Kan tak pasal terpaksa postpone jap walaupun perut dah berdangdut mintak diisi.
Bukan aku mintak fikir, tapi benda ni terlintas sendiri dalam otak aku ni. Pening dah kepala ni. Kasi hantuk ini kapla dekat dinding baru tau. Aku tertanya-tanya sendiri. Ok ke hidup sensorang je. Maksudnya tak terlalu bergantung dengan orang lain. Nak pergi mana, nak buat ape, tak payah susahkan orang mintak teman. Maksudnya juga aku takde what so called 'BFF'.
Bagi aku macam tak penting sangat. Yang pentingnya biar kita ada kawan. Tapi suatu perasaan aneh timbul bila aku kenangkan apa yang terjadi. Satu masa dulu aku baik dengan A. Aku kawan jugak dengan si B. Tapi sekarang A kawan lebih baik dengan yang lagi B. Sejak tu aku rasa macam agak terpinggir. Aku rasa aku ni macam pilihan terakhir la. Kalau A ajak B, tapi B taknak, baru A ajak aku.
Memang aku tak kesah hidup sensorang. Tapi aku rasa sedih sangat. Aku sedar aku takde ape2 pun. Korang pergilah kelas tu dengan motor. Aku naik bas je takpe. Kalau takde bas, biar je aku jalan kaki. Untuk mengelakkan salah faham, aku tak jeles ok. Aku cuma rasa macam terpinggir. Kalau diperlukan baru cari. Kalau tak, korang takde kesah pun. Aku rasa lebih terpinggir sebab aku takde ape2. Tapi kalau aku lengkap semuanya, memang serius aku tak kesah sorang2. Aku tak suka pun orang cari aku bila kesusahan. Tapi bila aku susah, wat pejam mata jer. Tapi apa pun aku halalkan ape yang aku da curahkan dalam pelbagai cara sekalipun.
Adakah aku mengeluh sebab sensorang?
Tak.. Sebab aku bukan sorang2.. Allah sentiasa bersama aku. Cuma kadang2 aku lupa yang dia sentiasa mendengar rintih hatiku. Ampunkan aku Ya Allah....... T_T
nota kaki: Jangan risau. Dalam kubur nanti sensorang gak.
No comments:
Post a Comment