Thursday, December 13, 2012

Lupakan Dia!

Kenapa mesti kita melupakan seseorang itu? Bagi sesetengah orang, selagi imej atau kenangan atau ingatan terhadap seseorang yang telah mengecewakan atau menyakiti hati mereka sama ada secara langsung atau pun tidak, akan menyebabkan mereka bersedih. Justeru, seperti duri yang tertanam di dalam daging, duri itu mesti dicabut, ingatan tersebut mesti dibuang jauh-jauh.

Kenangan tidak dapat dihilangkan, tetapi boleh dilupakan. Ini kerana otak manusia tidak berfungsi seratus peratus seperti CD atau alat-alat penyimpan maklumat. Album gambar boleh dibakar, cakera keras boleh diformat semula menjadi kosong, tetapi ingatan manusia akan dibawa sampai ke mati. Jadi cara yang ada ialah melupakan, mengabaikan dan bukannya menghilangkan.


Bagaimana cara-cara untuk melupakannya?

Sibukkan Diri Dengan Aktiviti Berfaedah – Anda boleh melupakan kenangan-kenangan lama dengan si dia dengan menyibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti. Bersedialah untuk berkorban demi kejayaan. Bersedialah untuk melaksanakan tugasan dan tanggungjawab baru. Kesibukan akan menyebabkan anda perlahan-lahan dapat melupakan kenangan lalu.

Elakkan Diri Daripada Bersendirian – Perasaan sayang yang mendalam dan keterlaluan mungkin sukar untuk dibuang dalam masa yang singkat. Untuk itu, elakkan diri anda daripada bersendirian. Carilah orang untuk berbicara, dan suatu masa nanti anda akan menemui nilai-nilai tertentu dalam diri orang-orang yang bertemu dengan anda, Dan nilai-nilai itu akan mengubati luka akibat kesan kekecewaan, sakit hati yang telah diperkuatkan oleh kasih sayang anda terhadap orang yang ingin anda lupai.


Elakkan Persoalan Berkaitan Orang Yang Ingin Dilupai – Ada sesetengah orang, apabila kecewa dengan seseorang, dia akan pergi menjauhkan diri daripada orang ramai atau daripada kawan-kawan. Dalam sesetengah kes, ini mungkin berkesan sekiranya tujuan dia untuk mengelakkan daripada dikaitkan dengan soalan-soalan berkaitan dengan orang yang ingin dilupai.

Pulangkan Atau Buangkan Segala Barangan Yang Mengandungi Nilai Perasaan – Kadangkala anda melupakan seseorang bukan kerana anda benci lantaran perasaan kecewa anda terhadap seseorang itu, tetapi kerana masih ada nilai perasaan dalam kenangan tertentu yang ingin anda lupakan. Nilai-nilai inilah yang menjana perasaan sedih dan murung dalam hidup anda.

Sesetengah orang mengambil langkah pantas dengan memadamkan semua benda yang boleh mengembalikan ingatan atau kenangan terhadap orang yang ingin dilupai. Cenderamata, hadiah, surat atau foto dibuang atau dibakar. Perasaan berat hati dilawan dan ditentang demi kebahagiaan pada kemudian hari.

Perundingan Terhormat – Salah satu cara lain ialah menerusi perundingan. Namun perundingan ini perlu mempunyai objektif tertentu supaya kita tidak berasa sakit hati. Kita harus memiliki keazaman yang kuat untuk melupakan dia sebelum perundingan dan selepas perundingan dibuat. Perundingan ini mungkin mengubah rasa untuk bercinta kepada perhubungan biasa atau kawan. Dalam keadaan ini, perasaan saling menghormati akan turut membantu menawarkan perasaan kecewa atau sakit hati kita terhadap seseorang.

Bagaimana pula dalam kes cinta bertepuk sebelah tangan. Atau kita ingin berkawan atau mendekati seseorang tetapi ditolak bulat-bulat oleh orang tersebut tanpa perundingan. Setiap kali kita mahu mendekatinya, maka setiap kali itu juga dia cuba mengelakkan diri atau menjauhi diri daripada kita. Ya, ini juga soalan terbaru yang saya terima. Kepada anda yang bertanya, maka saya cadangkan anda mengikut langkah terawal yang saya sebutkan tadi. Perundingan mungkin sukar dilakukan, maka anda tidak mempunyai pilihan lain selain menghormati kehendak si dia dan meneruskan kehidupan baru anda.

Mulakan Kehidupan Baru, Lupakan Titik Kepiluan Lalu – Bagaimana sekiranya anda rasa ada sesuatu yang perlu anda beritahu kepada dia. Salah faham tertentu, fitnah dan sebagainya? Kadangkala tidak semua keadaan memihak kepada kita. Cara terbaik ialah memulakan kehidupan baru tanpa si dia. Sebarang penganiayaan yang berlaku ke atas diri kita biarlah ditetapkan dengan kasih sayang dan keadilan Tuhan. Tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan mudah di dunia ini.

Apa pun teruskan kehidupan baru. Tanam azam dan matlamat. Carilah tujuan asal kehidupan kita. Apabila kita menemui tujuan sebenar kehidupan kita di muka bumi, maka bukan sahaja perasaan sakit hati atau kecewa terhadap orang yang ingin kita lupai akan hilang, malah masalah-masalah berkaitan perasaan yang lain juga mungkin akan sembuh secara semula jadi.

Wujudkan Matlamat Akhirat – Inilah keajaiban yang ada di muka bumi. Semakin kita cuba berusaha memperbaiki diri dan mencari keredhaan Allah, maka semakin luka di dalam jiwa kita akan sembuh. Semakin cerah sinar kebahagiaan dan harapan terhadap diri kita.

Cinta, perasaan dan hubungan sesama manusia mungkin topik yang menarik untuk dibicarakan sehingga dijadikan ilham untuk menulis lirik lagu, novel dan skrip drama kerana ia merupakan perkara lumrah dalam kehidupan manusia. Namun, apabila kita menemui tujuan asal kita wujud di muka bumi ini, maka, perasaan kebahagiaan akan mula melindungi jiwa kita. Tetapkan satu matlamat berupa ganjaran akhirat, maka kita akan kebal daripada sebarang kekecewaan, kekesalan dan dendam dunia.

Menjadi Kekasih Allah – Ini adalah satu langkah yang terbaik untuk mengubati jiwa sebagai seorang hamba. Menerusi langkah ini, kita belajar dan cuba mengenali sifat-sifat Allah. Kita mendekati diri kita kepada Allah. Menghayati kekuasaan dan nikmat yang telah diberikan kepada diri kita. Jangan bersedih, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita pasrah dan menyerah diri kepada Allah.

Dalam catatan sejarah berkaitan dengan para sahabat, wali dan sufi, terdapat kisah beberapa wali atau kekasih Allah yang sangat-sangat mencintai Allah sehingga tidak ada kasih sayang manusia berupa cinta atau kemewahan atau apa-apa sahaja nikmat dunia yang mampu menandingi perasaan cintanya kepada Allah. Mereka yang mempunyai perasaan cinta sejati kepada Allah ini, hatinya sentiasa tenang dan bahagia. Jika mereka bersedih, maka mereka bersedih kerana dosa mereka terhadap Allah, dan jika mereka menangis, juga kerana Allah, tidur kerana Allah, makan kerana Allah, berbicara kerana Allah, mandi kerana Allah, berjalan kerana Allah dan segala-galanya kerana Allah. Manusia seperti ini mengabaikan kemewahan dan kegemilangan dunia demi mencari keredhaan Allah.



Sumber

Tuesday, December 11, 2012

Mudah dapat Jodoh?



Sesungguhnya urusan jodoh adalah ketetapan ALLAH. Kita hamba Nya yang lemah ini tidak ada daya upaya langsung untuk menetapkan jodoh kita melainkan semuanya dalam ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang boleh kita buat ialah merayu dan memohon pertolongan ALLAH SWT supaya mempertemukan jodoh kita sebaik mungkin.

Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.


1. MEMBACA SURAH YASSIN SETIAP MALAM sebab dalam satu hadith nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. InsyaAllah mustajab.



2. MEMBACA AL-FATIHAH BERULANG-ULANG KALI, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3. MELAKUKAN SEMBAHYANG HAJAT 3 HARI BERTURUT-TURUT dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4. BERDOA DI SETIAP SELEPAS SOLAT 5 WAKTU, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah…

5. BANGUN TENGAH MALAM SEMBAHYANG TAHAJUD, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian solat hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan khusyuk, insyaallah..

6. SOLAT HAJAT 2 RAKAAT >Doa, 2 rakaat lagi>Doa, 2 rakaat lagi > Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehingga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)

7. BETULKAN NIAT KAHWIN KERANA ALLAH, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

8. BERDOA DI WAKTU YG TERTENTU YANG MUSTAJAB atau di tempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9. BERDOA DENGAN MENGGUNAKAN DOA-DOA AJARAN RASULULLAH atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.



10. SELAMAT BERAMAL, JANGAN MAKAN MAKANAN YANG HARAM, ATAU GUNA PAKAIAN, TEMPAT APA SAJA YG HARAM shubhah, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.

INSYAALLAH, jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.

Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik.

sumber

Thursday, December 6, 2012

Cinta Glaukoma

Assalamualaikum kepada anda yang tersesat di sini.

Cinta Glaukoma?

Cinta itu perasaan.
Glaukoma pula merupakan sejenis kerosakan mata yang boleh menyebabkan hilang penglihatan(buta)

Sebenarnya yang cuba disampaikan cumalah Cinta Buta. Penggunaan term glaukoma macam sesuai lak. Biasanya manusia yang bercinta tu asalnya celik. Tapi sebab chenta tetiba buta tanpa disedari.

Kenapa cinta buta?

Cinta buta bukan sebab cinta yang buta tetapi mata yang dibutakan sebab cinta. 

Biasa tengok tak orang jalan berkepit dekat public. Lepas tu pulak dok berjiwang sakan dekat fb. Tapi bila gaduh mula lah nak terjun bangunan lah, bunuh diri la, tapi post dekat fb, twitter, g+ dan sama waktu dengannya. Apekejadah semua itu? Manggaribut betul lah. 

Cinta boleh menyebabkan hilang kewarasan. Bukan aku cakap, tapi ada dalam paper(da lupa paper ape). Macam yang disebutkan di atas lah. Bila ada masalah, otak pon bermasalah lah nak fikir baik dan buruk. Tapi yang peliknya, dah bergaduh bagai nak rak boleh pulak tu baik balik. Butanya mata hati..

Mungkin ada value yang bagus dekat situ: memaafkan kesalahan
Tapi takyah kecoh sangat ye. Mungkin bagi anda anda yang terasa (mintak maap) akan cakap,

"Yang ko friend dekat fb, follow twitter aku pehal......?"

Then aku tanye balik, yang ko buat fb/twitter kenapa? bukan sebab nak add friend? Member2 kolej, classmate skolah rendah, group discussion. 

Dan kalau rasa taknak orang baca, yang bising2 dekat laman sosial kenapa? Tu maknanya memang nak suruh orang tahu. Kalau taknak orang tahu, tulis dekat dalam diari je

"Suka hati aku lah nak tulis ape pun!"

Well... aku tak kesah pun apa orang lain nak tulis. Tapi apa yang kita tulis menunjukkan perangai, sikap, peribadi kita. Budak ni over, budak ni poyo, budak ni bajet hot, budak ni desperate... Biasa yang suka melepaskan emosi camni perempuan lah. Tolonglah adik2, kakak2, kawan2 sekalian. Jangan memalukan diri sendiri sebab lelaki. Korang dok meroyan sebab diorang, tah diorang lagi bangga dan bajet hot sebab ade jugak minah meroyan tergila-gila dekat diorang. 

Tak perlulah bazirkan airmata, tenaga dan masa untuk orang yang tak hargai kita. Hati pun sakit, hidup tak bahagia. 


La Tahzan Innallaha Ma'ana
Jangan bersedih, Sesungguhnya ALLAH bersama kita


Thursday, November 29, 2012

Checklist Budget Perkahwinan Untuk Bakal Pengantin Perempuan??

BIL. PERKARA BAJET                                                                         (RM)
1. Yuran kursus pra perkahwinan                                                                  ???
2. Cincin tunang                                                                                            ???
3. Cincin kahwin                                                                                          ???
4. Barang kemas                                                                                          ???
5. Wang mas kahwin                                                                                    ???
6. Wang upah kadi                                                                                       ???
7. Kad jemputan kahwin                                                                              ???
8. Setem untuk pos kad jemputan                                                              ???
9. Wang hantaran                                                                                      ???
10. Sirih junjung                                                                                        ???
11. Kain ela                                                                                              ???
12. Baju kurung                                                                                     ???
13. Telekung & Sejadah                                                                        ???
14. Senaskah Al – Quran                                                                         ???
15. Beg tangan                                                                                         ???
16. Kasut                                                                                                ???
17. Jam tangan                                                                                      ???
18. Set penjagaan badan                                                                       ???
19. Set alat solek                                                                                   ???
20. Kek                                                                                                 ???
21. Buah-buahan                                                                                    ???
22. Coklat                                                                                              ???
23. Potpurri                                                                                             ???
24. Gubahan barang hantaran termasuk upah                                          ???
25. Hiasan bilik tidur                                                                             ???
26. Pelamin                                                                                           ???
27. Bunga telur                                                                                     ???
28. Bunga pahar                                                                                  ???
29. Gambar & upah jurugambar                                                          ???
30. Sewa kanopy termasuk alas meja dan upah pekerja                     ???
31. Set meja pengantin termasuk alas meja dan bunga                         ???
32. Set makan beradap                                                                      ???
33. Penanggah                                                                                     ???
34. Katering                                                                                           ???
35. Upah kumpulan kompang                                                                ???
36. Upah DJ                                                                                          ???
37. Kos perjalanan rombongan pergi dan balik                                      ???
38. Kos tempat penginapan                                                                  ???
39. Cenderahati untuk saudara dan sahabat                                          ???
40. Upah juruandam                                                                            ???
===>>> Jumlah keseluruhan : RM ___________________

Banyak giler!!
tapi sebenarnya checklist yang sunnah hanyalah...

Sunday, November 11, 2012

Anda Nak Kahwin?

Apa yang anda perlu ada....

1) bahan rujukan yang dapat memudahkan lagi urusan 
    persiapan perkahwinan anda;
2) rujukan yang dapat menjimatkan masa anda dari 
    ke hulu & ke hilir tanpa anda ketahui apa yang 
    harus anda buat dahulu;
3) bahan rujukan yang dapat membimbing anda tentang 
    proses & peraturan memohon kebenaran kahwin & 
    borang2 yang perlu diisi;
4) checklist yang akan memudahkan lagi persiapan 
    kahwin anda dari sebelum & semasa majlis kahwin;
5) adab & persediaan sewaktu merisik, bertunang, 
    malam berinai, nikah, bersanding, majlis resepsi 
    dan selepas majlis resepsi;
6) dan pelbagai lagi persiapan yang anda tidak pernah 
    lakukan sebelum ini.
Jika anda nak tahu rujukan apa yang saya maksudkan itu, 
sila rujuk di sini:

Saturday, November 3, 2012

Alhamdulillah

Jam sudah menunjukkan pukul 2.04 pagi. Assalamualaikum.

Aku menaip di blog ni bila aku fikir terlalu banyak. Tak mampu nak simpan jer sorang2.Nak cerita dekat orang lain memang tak lah. Sebab aku pun tak tahu nak cerita macam mana. Kecelaruan emosi je. No biggie.

Jangan terlalu percaya; jangan terlalu sayang; jangan terlalu berharap; Sebab 'TERLALU' boleh membuatkan kamu terlalu terluka.

Entah kenapa aku tertarik dengan kata2 ni. Memang dah terkena dengan aku ke? Aku macam hampir merasakan kehilangan. Walaupun takda apa2 tapi aku semacam mengharapkan sesuatu. Atau sememangnya aku telah meletakkan harapan. Tanpa sengaja.

Dalam kesayuan hati, hati kecilku mengingatkan aku. Bukankah aku sepatutnya bersyukur? Aku diberi peluang sekali lagi untuk membersihkan hatiku, menjauhi segala fitnah dunia. Ya Allah.... Ampuni aku. Hambamu ini telah terleka dan alpa.

Hati manusia selalu berubah-ubah. Mungkin lebih baik, atau semakin teruk (Nauzubillah).

Aku...aku cuba ingin dijaga. Kadang kala aku sangat harapkan masa pantas berlalu. Tapi adakalanya juga aku sangat takut masa berlalu. Kita tak tahu bila ajal akan tiba. Muasabah diri.

Ya Allah... Tetapkanlah hatiku di jalanMu. Muhasabah cintaku hanya untukMu. Aminnn........

Tuesday, October 23, 2012

Tak Malu Ke???

Assalamualaikum

Hey kamu!
Haaa.. Kamu la yang tengah upload gambar tu.
Serius ke ko nak upload gambar tu?
Terbonjol sana sini.
Tak malu ke?
Ko tak malu, aku yang MALU.
Setakat pakai tudung tak cukup la beb.
Kalau baju ketat macam sarung nangka.
Nangka pon tak malu sangat sebab dia takde saiz 36:26:36
Aku tau ko cantik (konon)
Tapi tak payah tayang-tayang sangat.
Sian kat laki ko nanti.
Dapat yang second, third, forth hand.
Apa??
Pakwe ko suruh?
Kejadahnya..Pakwe ko belum tentu jadi laki ko.
Dan sebenarnya pakwe ko memang gatal nak mampus.
Kalau betul die sayang ko, dia tak biar ko tanggung dosa camtu.
Yang paling penting, ko kesian la BAPAK ko.
Kang tak pasal-pasal sebab ko dia dicop sebagai dayus.
Pastu kena seret masuk neraka.
Ko tak sayang BAPAK ko eh?
Yang dok puji-puji sume mesti lelaki kan.
Memang la puji, dapat tengok bende free.
Takyah susah-susah nak mintak.
Kemon la. Jangan MURAH sangat.
And jangan mimpi lah nak hantaran 10K, 20K
Kalau harga diri pun dah murah.
Aku tak marah. Aku cuma nasihat.
Sebab aku kesian sangat dekat kamu, kamu dan kamu.
Renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s: sempat lagi kalau nak delete semua gambar tu dan solat taubat.


Sunday, October 21, 2012

Bukan Aku Tak Suka

Assalamualaikum...

Kepada kau yang masih lagi ada di dalam hidup aku.

Aku sebenarnya tak boleh tengok muka ko. Sebab bila aku tengok ko, aku rasa macam ada satu perasaan. Mungkin perasaan dulu yang pernah aku dambakan.

Aku kalau boleh taknak benci ko. Sebab aku pernah sayang ko. Tapi ko tak peduli semua tu. Ko pikir aku ni slalu tipu ko. Aku ni suka menggedik dengan lelaki lain. Ko memang tak reti beza ek kawan ke tak. Memamg tak guna pon aku explain apa pun. Sebab ko tak pernah cuba paham tu. Yang ko tahu, syakwasangka kat aku, jeles tak tentu pasal.

Ko suka compare diri ko dengan ex aku sebelum ni. Ko dah kenapa? Yang lepas tu lepas lah. Aku dah dengan ko, kenapa ko nak compare lagi. Aku kan da pilih ko. Ko tak paham ke, aku sayang ko sebab diri ko lah.

Aku selalu nampak teruk bagi ko. Bagi ko, aku ni cam playgirl. Padahal berkawan bese je semua. Kalau playgirl, aku da keluar dengan ramai lelaki. Bukan keluar dengan ko sorang. Teruk sangat ke aku ni. Aku tahu aku bukan la muslimah sejati. Aku tak pakai tudung labuh. Aku tak tutup aurat sempurna. Manusia boleh berubah kan. Tapi bukan dengan cara mendesak.

Aku kalau boleh nak pergi jauh dengan ko. Means aku nak perhubungan yang halal. Tapi aku tak tahan dengan sikap cemburu buta ko tu. Aku cam teruk sangat bagi ko. Ko selalu rendahkan diri ko sendiri. Tapi sebaliknya bila ko buat perangai jeles, dan tegur cara aku, macam aku pulak yang sebenarnya tak layak untuk ko.

Ko tak tahu yang aku selalu cari info pasal ko. Aku nak tahu apa jadi dengan ko. Bila aku tahu ko ada FB, Aku cuba stalk ko. Aku taknak add sebab tak la nampak cam berharap lagi kat ko. Aku tak tahu la apa pulak perasaan ko. Ko selalu rendah diri dengan aku sebab ko kata takde orang nak dekat kat ko. Aku kecewa bila ko macam tak hargai yang aku sayang kat ko. Aku bukan orang yang nak dekat ko ke?

Bila ko add aku, aku suka la jugak, sebab aku boleh tau update ko. Tapi aku selalu sedih bila teringat kisah lama. Aku marah bila ingat ko selalu cari salah aku. Aku kecewa bila ko tak hargai aku. Aku konfius bila ko tanya aku macam-macam pasal life aku. Aku tak mampu nak sayang ko lagi, sebab aku da banyak kecewa pasal ko. Aku tak sanggup lagi berhadapan dengan ego ko.... Ko tak tahu, yang masih bersisa sayang aku untuk ko.

Aku harap aku taknak ambil tahu pasal ko lagi. Aku taknak stalk FB ko lagi. Aku nak lupakan sejarah lama. Aku tak sedih untuk orang yang tak hargai air mata aku. Aku cuma harap ko bahagia dengan hidup ko sekarang. Aku cuba bagi peluang dekat orang lain...buat masa ni. Aku nak orang yang boleh terima diri aku seadanya. Orang yang hargai aku bila aku ada. Orang yang tak kesah siapa aku sebelumnya. Aku harap ko faham perasaan orang yang menyayangi ko kelak. Ko jangan pentingkan diri jer. Dalam dunia ni, kita memang takkan dapat apa yang kita harapkan. Hargailah apa yang kita ada, jangan pula bila da hilang baru nak menyesal.

Aku tulis khas untuk ko yang tak mengerti.

Selamat malam.

Saturday, October 20, 2012

Suka Aku Ke?

Assalamualaikum

Hati manusia memang sukar ditafsir. Tapi ada kalanya kita boleh menafsir melalui tingkah laku seseorang. Contohnya, ada orang tu setiap kali depan kita asyik kelam kabut je. Mesti ada something wrong.

Macam kita sendiri la, kalau kita tak suka seseorang ada ke kita cakap direct kat dia.

Weh! aku menyampah gila ah ngan kau..!

Mungkin boleh berlaku kalau jenis brutal. Tapi kalau ayu macam aku ni takkan la pulak kan. Paling tak kalau nampak dia, buat tak pandang atau buat muka. Tak baik tau benci orang. Siapa tahu ramai yang benci kita kan.

Apa yang aku nak cakap ni? Point dia, kita boleh tahu seseorang melalui body language dia. Percakapan tak langsung la ni. Tak pun orang tu tanya soalan yang bukan2 je.

A: Ko sekarang single ke?
B: A ah
A: Ko apsal ek clash dengan dak tu dulu?
B: Ada lah masalah sket
A: Ko kalau nak cari laki yang camne ek?
B: Asal bukan macam ko. Banyak plak soklan ko ni.
A: Fine.........

Aku taknak la pulak dicop sebagai perasan kan. Tapi aku cam pelik jugak apesal lah beliau macam curious sangat pasal aku.

B: Ko pehal hah? Suka aku ke?
A: .....bla..bla..bla..
B: Apa ko membebel ni? Tak paham soklan eh? Jawapan dia 'ye' atau 'tak' jer.


Tak kesah la nak jawab ke tak. Tak penting pun. Kalau dah dasar ego, memang tak boleh buat apa dah.
K bai.

Friday, October 19, 2012

Tak Tercapai Akalku

Bukan lagu elyana
Tapi ini adalah hakikatnya
Tak tercapai akalku
apa yang akan terjadi kelak
tika diri melangkah semakin dewasa

Hakikat wanita tidak akan berdiri sendiri
siapakah akan menjadi
tempatku untuk bergantung
menjadi pelindungku
menjadi imamku
sungguh tak tercapai akalku

Aku bimbang
andai ada yang berdendam denganku
membuka kisah hitam
tatkala itu
tiada apa lagi yang bersisa
yang tinggal hanyalah
sisa luka berdarah
pekat membusuk
bagaikan bangkai bernyawa

Saturday, June 16, 2012

Forever Alone

Assalamualaikum..

Rasa nak menaip pulak before magrib ni. Dengan perut yang lapar, teringat pula zaman sekolah yang tak best langsung. Bukan langsung. Ada la jugak yang best.

Masa keputusan bebudak yang dapat tukar sekolah, dapat la tengok bebudak yang kesedihan sebab tinggal member diorang. Aku pun termasuk dalam golongan yang akan bertukar. Konon tengok diorang sedih, aku pon rasa sedih gak. Tapi aku pikir, siapa jer yang kesah kalau akau takde nanti.... Then aku pun sedih sebab aku sedap that no one cares for me... Huwaa....sadis ok. Maka aku rasa nak cepat2 je blah dari situ.

Kalau dalam zaman sekarang ni orang kata forever alone. Tapi dorang tak tahu, kita takkan pernah sorang2 sebab ALLAH sentiasa bersama kita.

  Selamat Magrib kawan2

Tuesday, June 12, 2012

Layakkah...?

Layakkah aku mendapat lelaki suci?
Sedang aku bukan gadis suci...

Walaupun aku sudah bertaubat dengan dosa silam,
tapi aku merasakan bahawa dia layak mendapat gadis yang lebih baik daripada aku.
Aku tidak layak untukknya...

Thursday, May 24, 2012

Mengada badak

Kadang-kadang aku rasa cepat terasa. Kadang-kadang aku cepat marah.
Aku marah bila org mungkir janji, buat aku ternanti-nanti macam tunggul kayu.
Adakah aku over kalau tak tegur 2, 3 hari?
Tapi pada masa yang sama aku tetap harap orang tu mesej aku walaupun aku tak balas pun mesej dia.
Mungkin aku sebenarnya terlalu berharap yang dia penuhi janji tu.
Terlalu berharap.
Tiba-tiba aku rasa nak berhenti berharap.
Adakah aku terlalu over terasa mudah terasa dengan perkara kecil?
Atau sebab die terlalu penting?
Kalau dia bukan orang yang penting dalam hidup aku, kenapa perlu aku terasa dengan apa yang dia lakukan? Adakah aku melukai diri aku sendiri?
Mengadanya aku ni...

Stop acting like a kid..so Annoying... 

Diam lah... biar la nak wat ape pun.

Alahai gedik nye kau. Mujur la die ade gak mesej kau. Kalau die diam terus, kau nak buat apa??

Errmmmmm....Aaaaa...
Da la... Bye..
Assalamualaikum~~

Monday, April 30, 2012

Seorang Pendengar

Assalamualaikum kepada anda yang tersesat.  Haa.. kamu la yang tengah baca tuh.

Da bersawang dah blog aku nih. Nak citer pasal pendengar. Sape pendengar? Seorang yang mendengar.

Aku ni selalu jugak menjadi tempat orang bercerita. So aku menjadi seorang pendengar. Jadi pendengar bukan senang. Kadang tak tau nak respon macam ana. Salah respon lain pulak jadi nanti. Menjadi pendengar juga perlu gak ade ilmu sikt. So boleh la bagi nasihat. Tak banyak pon, boleh la dari takde kan.

Aku nak share cite sahabat aku nih. Tentang seorang lelaki yang playboy dan tak reti nak menghargai. Aku BENCI okeh lelaki bajet hot macam nih. Boleh bayangkan tak....

Lelaki nih dah ada awek. Then dia clash tak lama, dia jumpa pengganti. Dalam masa yang sama, still contact dengan ex dia layan macam awek. Entah macam mana yang si awek masa tu boleh tahu pulak pasal si ex dia tuh. Siap si ex cerita pasal perangai lelaki tu yang memang suka maen kayu tiga. Maka kantoi la si lelaki.

Padan la si lelaki tu pesan awal2 jangan dengar cakap si ex, kata si ex tu yang dok contact dia. Padahal dia yang contact si ex tu. Takut terbongkar rahsia.

Tapi tu tak berakhir di situ. Rupanya si lelaki ada skandal lain pulak. Seperti biasa si lelaki akan menyalahkan si pompan yang suka ngat kat dia. Hey.. kalau betul la setia, takde nak layan la orang lain. Kalau tu hanyalah kawan2 yang nak kenakan, kenapa tak boleh tengok si skandal dengan lelaki lain. So maknanya si lelaki memang suka jugak dekat si skandal.

Kantoi lagi. Si awek da tensen. Kena tipu idop2. So si awek blah la dari hidup si lelaki yang poyo dan hancur tuh. Kapel lak dengan si skandal. Then dengar pulak si skandal pon diduakan. Skang ni bukan maen kayu tiga. Dah kayu bape da nih. Pastu boleh pulak nak si awek balik. Memang jangan harap la!

Wahai lelaki, tak cukup ke dengan sorang?? Nak cukupkan 4? Aku tak suka guna ayat2 kesat. Walaupun bukan kisah aku, tapi aku bengang gak la.. Senang2 jer nak permainkan hati pompan gitu. What goes around comes around. That's karma. Ko takkan boleh idop selamanya camtu. Jangan pikir nak main2 jer. Umur macam ko bukan masa maen2 lagi. Da kena pikir nak kawen. Cari isteri. Kalau macam ni la prangai, jangan harap ade pompan nak ko!

Moga dia insaf dan perbetulkan kesilapan dia. Tapi kalau tak berubah, harap takde lagi yang terpedaya dengan janji manisnya.

Don't judge a book by its cover

Monday, March 19, 2012

I'm So Touched T_T

Assalamualaikum....

Seperti biasa aku menulis hanya untuk meluahkan perasaan. Serious... I'm so0o0oooooo touched....!! Entah nape aku rasa hati aku sekarang ni cam terlalu mudah terasa. Terlalu cepat rasa sakit tu menyerap dalam seluruh jiwa raga aku. Rapuh sangat kah atu aku sekarang? Kenapa macam ni? Aku tak suka!! Aku bukan seorang yang cepat terasa sampai terasa sakitnya... Kenapa.....?

Tolonglah wahai hati... Kamu harus bertahan. Kalau kamu dilukai, sukar untuh dirawati. Sudah lama aku tak rasa macam ni. Aku tak sanggup lagi kecewa. Mungkin masih belum terlambat kalau nak perbaiki semua ini. Sebab masih belum ada apa2 perjanjian.

Tolong pulangkan hatiku kerana aku tak mahu ia terus dilukai....

Tuesday, February 21, 2012

Buta Hati

Bila manusia buta untuk nampak apa yang ada di depan matanya...
Mereka langsung tak menghargai
Semua kebaikan langsung tak nampak
Yang mereka nampak hanyalah
kekurangan, kesalahan...

Kenapa ada syakwasangka dalam perhubungan?
Maknanya seseorang itu tak mempercayai pasangannya kan?
Kemudian sanggup pula menuduh bukan2..
Sayang ke macam tu?

Apa yang penting?
Kejujuran dan persefahaman..
Kalau tak ada, baik tak payah teruskan...

Jangan bila da kehilangan baru nak menghargai.....
Dah terlambat~~~

Friday, February 17, 2012

Hidup Penuh Masalah

So0ooo0oo confuse!

Assalamualaikum

Long time no see..my blog..

Sebenarnya banyak cerita yang boleh nak taip. Tapi selalu lupa akan kewujudan blog ni.

Benci la. Confuse dengan diri sendiri.
Suka ke...tak suka ke...

Ya Allah...Aku mohon..
Tunjukkanlah jalan kepada hamba-Mu yang lemah ini.
Agar aku tidak tersilap langkah.
Aku tak mahu melukai sesiapa...
Hanya pada-Mu aku memohon.
Amin...

Wednesday, January 18, 2012

Tak Harus Memiliki

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dah lama tak menaip kat blog usang ni. Da masuk tahun baru dah pun. Aku conteng kat sini time aku sedih je. Bukan la aku ni jarang sangat rasa sedih. Kadang2 aku lupa yang aku ada blog ni, diari maya aku. Ok..ok.. Back to the story.

Dalam dunia ni bukannya semua yang kita inginkan kita dapat. Kalau boleh semua yang diidamkan, diharapkan mesti mahu dimiliki. So sad bila tak mampu nak dapatkannya. Perlu usaha yang lebih jika benda tu susah nak dapatkan.

Bagaimana pula kalau perlukan kos yang tinggi untuk memiliki sesuatu tu sedangkan tak ada duit yang banyak? Tak kerja memang la tak ada duit. Nak kena kerja part time ke? Mintak kat mak bapak?  Kumpul duit belanja? Merompak?

Keinginan yang teramat sangat. Kalaulah ada yang sanggup penuhi keinginan ini alangkah indahnya dunia. Tapi dalam mimpi je lah kot. Setakat ni aku nampak masa depan yang kelam. Bukan masa depan aku, tapi masa depan untuk memiliki.

Memiliki apa?

Biarlah rahsia keinginan yng mungkin berkubur..

Sob..sob.. T_T
 

Unspoken Thing Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal